August 26, 2008

Semalam Yang Hangat

Lepas dua hari yang kehujanan, semalam dah... terik balik macam musim kering bulan lepas masa aku dengan Wan menggelabah puyuh tolong dia memadam kebun nenas terbakar'. Woops...

Minggu depan, dah bulan pose.

Atau dalam erti kata lainnya.... bulan yang siang harinya akan nampak sedap jer, COCA-Cola aku yang kat dalam almari tu. Selain bulan mengawal nafsu serakah manusiawi aku ni. Kiranya, ni jerlah bulan yang aku ada peluang nak kurangkan mendapan tar dan jerebu dalam alveolus paru-paru aku. Aku harap... bulan pose tahun ni, taklah panas sangat di kala cuaca bumi yang semakin mereng sebab manusia bengap kat luar sana yang hari-hari belanja ozon dengan CFC.

Aku tak kisah, cuma kesian kat kekawan aku yang betul2 nak poser tapi kena kerja kat bawah panas. Yang badan besar bulldozer tapi lupa niat sahur tu... Nak wat cam ner tak....

Dan, sempena menjelangnya Ramadhan tahun ni. Maka... dengan ini dilancarkan Squad spy Selempot Holding untuk mencari manusia terawal yang mendaftar diri me'napau' di Bazaar Ramadhan. Takkanlah... pukul 3.00 dah beli tapau... untuk buker kot. Lalalalala...!!!!

GAMBAR BAWAH: Pompuan tu... nama dia Mata Hari, antara perisik wanita paling berjaya waktu era permusuhan Jerman dan Perancis. Lama dulu... hang pa cari sendiri lah cerita dia. Aku citer kat sini pown buat buih-buih sabun jer.

No comments: