August 19, 2008

Mamalia Yang Jarang ditemui




















Kelmarin makhluk ni off. Walaupun engkau orang nampak dia pakai kostum serangga... sebenarnya inilah mamalia yang paling jarang ditemui selain dari Daud Tun Razif. Sebab tak ada makhluk lain kat Taman yang paling indah tempat aku tinggal ni. Aku ajaklah si Kama ni... lepak kat habitat aku a.k.a bilik kebal aku. Bilik paling kebal untuk mengelak segala isi ceramah mak aku. Sebab bilik ini pown dah jadi bilik rasmi segala aktiviti baik dan jahat aku kat umah. Hahahaha.... Atau dalam bahasa ibundanya... "Engkau kemaslah sendiri bilik engkau". Jadi... aku ada dua bilik sekarang.

Maka... melepeklah malam tu si mamalia ni kat bilik aku. Dengan segala khazanah koleksi laptop dia... untuk tukar pakai ngan aku. Humang ai.... sikit punya banyak. Patutlah orang kata mamalia ni King Reproduktif. Dia punya koleksi nilah yang memajukan rumah-rumah urut dan bilik merah Malaysia ni. Huhuhu...

Tapi itu aktiviti kedua. Aktiviti utama... ialah menggelakkan Si Remy Ramesh punya gambar tudung. Sikit punya suka mamalia ni.... nasib baik tak histeria dia gelak kat dalam habitat aku. Dan malam itu..... bergembiralah si mamalia ini dengan koleksi gambar selempot bebudak semua. Sampai tunggang terbalik posisi dia... klimaks gelak. Aku tengok macam pesakit sawan peringkat akhir. Sampailah tetiba aku tunjuk dia gambar serangga ni.... Hahahaha....

Jadi... inilah dia penawar sindrom gelak untuk Kama. Tapi sampai semalam aku masih tak nampak serangga ni dah. Sebab tulah aku panggil dia mamalia yang jarang ditemui.




No comments: