August 30, 2008

Al-Fatihah

Salam Takziah untuk Wan,Yahya,Izam,Udin,Akak Polis 999,adik beradik depa yang lain dan keluarga.

Salam Takziah dengan pemergian ayahanda mereka Allahyarham Abu Bakar Bin Awang yang telah kembali kerahmatullah pada 2.30 pagi pada 27 Ogos yang lalu kerana penyakit Kencing manis. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Terima Kasih untuk semua warga Selempot yang hadir dan bertungkus lumus sepanjang menyelenggara kelancaran pengkebumian Allahyarham pada pagi itu.

** Terima kasih untuk semua squad makan yang datang lepas jemaah surau beransur pulang. Kot yer pown tuan rumah jemput datang makan janganlah pakai seluar pendek. Arghh!! luar kewarasan betullah, tarak imej. Ada betul ka.....?

Al-Fatihah (bukan sekadar disebut... sila bacakan sekali)
Amin......

No comments: