August 13, 2008

Kumbang Terbang

Botak Nor kalau dah dapat microfon... macam kumbang dapat bunga. Dia ngan Abang Ketua kampung tu... sama jer lah. Huhuhu...

Berdasarkan perancangan semasa Selempot Holding yang dipersetujui Ahli Majlis Tertinggi, memang kita orang rancang nak belikan Kereta Kancil baru untuk Cik Lat sebagai hadiah kahwin. Tapi aku tak tahulah apasal... Pair'jul sampai saat akhir asyik bangkang jer.. cadangan ni. Dia sorang jer yang beria benar suruh Selempot Holding minta tajaan Durex untuk hadiah kahwin. Aku pown tak paham apa masalah mamat ni. Sampai baju penanggah pon dia nak ada cop lambang Durex. Hui... gilo apo. Nasib baik aku sempat leraikan kalau tak mahunya lunyai si Gemon kena gigit 'payu' dia dengan si Pair'jul pasal meeting hadiah ni.

Sebab kes ni lah... Selempot Holding tak ada hadiah untuk kahwin Cik Lat ngan kahwin Apis. Jadi... Selempot Band (SB) turun untuk menghadiahkan dua buah lagu (sepatutnya) yang telah di buang setengah oleh Botak Nor. Orang suruh ulang chorus.... dia bantai gi outro. Hampeh tul...

Walaupun band ni cuma praktis, dalam waktu-waktu renjat kata orang Nigeria waktu-waktu lapang. Kita orang... selamba jer gigit band kenduri hari tu. Nasib baik dua lagu.. kalau nyanyi tiga lagu... mahunya Botak Nor dah mintak royalti siaran ngan lintas langsung ke rumah Ajiz Keropok. Sebab dia sorang jer, yang tengok kenduri ni kat TV. (Apa ko ingat ini Debat Minyak ker Ajiz...)

Berbekalkan sisa-sisa ketar yang ada kat Laksa (pemain dram SB) petang tu dan goyang-goyang Tua (pemain bass). Selempot Band mendendangkan sebuah setengah lagu (setelah dipotong oleh Botak Nor) iaitu instrumental Careless Whisper (George Micheal) dan Kasih (Hetty Koes Endang) untuk Cik Lat dan Tipah.

Sorrylah.... Jamil.. Botak Nor tak tahu ko nak nyanyi petang tu. Selempot Band pon kan nyer hafal lagu permintaan ko tu. Ada ker kenduri mintak lagu Rabbani (Pergi Tak Kembali Lagi). Ko nak makan pengacau kawah ker Jamil.

Yang aku tak puas hati tu.... ni siapa punya kerja amik video senget ni. Korang ingat aku editor majalah cicak ker.

No comments: