August 22, 2008

The Best Movie Of The Year : CAR WASH

Sebuah lagi filem terbaru arahan Prof Remy Ramesh yang mengisahkan tentang seorang penjual nasi lemak (Ramu) yang bertukar menjadi rupa makhluk pelik kerana terkena radiasi nasi lemak basi. Radiasi ini menukar sebahagian rupabentuk dan diet harian Ramu yang mula menggemari minuman berasaskan pengilat kereta.

Ketagihan melampaunya terhadap pengilat kereta menyebabkan perniagaannya musnah sama sekali setelah gagal membayar ansuran periuk karan' dan menyonglap duit-duit kuih yang di tumpang oleh Mak Cekelu. Sejak itu Ramu terpaksa menutup perniagaan Nasi Lemaknya kerana wajah terkininya menakutkan sebahagian pelajar tadika berhampiran. Demonstrasi penduduk sekitar menyebabkan Ramu terpaksa berpindah ke kampung.

Sewaktu Ramu mengemas barangan peribadinya. Beliau berjumpa dengan sebatang payung lama yang mengeluarkan cahaya. Sejak itu beliau mula mengalami mimpi ngeri seperti menebas rumput, lompat bergalah, menjolok buah-buahan dan bermain layang-layang. Atas nasihat seorang pakar perubatan tradisional (Bomoh Baok), Ramu mula menggunakan payung tersebut mengikut arahan bertulis yang tertampal di pintu tandasnya yang disangkakan poster iklan racun perosak. Beliau mula mempraktikkan beberapa jurus tai-chi, senaman perut untuk menghilangkan ketagihannya.

Salah seorang pelanggan tetap Ramu yang bersimpati dengannya (Noni), membawa Ramu kepada pihak bank untuk merujuk masalah yang sedang dihadapi Ramu. Atas bantuan Noni, Ramu memulakan perniagaan mencuci kereta miliknya sendiri. Saksikan.. sebuah filem sadis yang penuh dengan aksi dan realiti masyarakat tersisih. Filem yang menelan belanja hampir RM150 juta dengan menggunakan teknik "bila free kita shooting" kata pengarahnya Saudara Remy Ramesh. Filem ini dijangka berjaya membatalkan semua open house tahun ini kerana memulakan tayangannya sebaik sahaja pengumuman hari raya dibuat.

1 comment:

Anonymous said...

haha..cam celake jew jalan cite nye..