August 22, 2008

BersamaKU banned from TV

Minggu yang cukup menggemparkan seluruh warga Malaya dengan pendedahan rancangan BersamaKU. Walaupun rancangan ini telah digam di beberapa stesen televisyen Jepun, Nepal dan Venezuela kerana tahap kesedihannya boleh menyebabkan depresi tahap bunuh diri di kalangan penonton. Berdasarkan rating minggu lalu ini adalah undian tertinggi di kalangan penonton internet memilih siaran paling sadis rancangan BersamaKU.

Kepada yang tidak berkesempatan menonton, inilah pasangan adik beradik yang ditinggalkan ibu mereka kerana masalah kewangan setelah terpaksa menanggung hutang bekas suaminya. Sejak ditinggalkan ibu mereka, ketiga adik beradik ini terpaksa berpindah randah dari beberapa taman bimbingan kanak-kanak sebelum ditemui oleh penghulu Kampung Bulu Kembang, Saudara Kemat Kama.

Menurut kakak sulong mereka Arinacalai ibunya Puan Sepulmalai tidak pulang ke rumah sejak petang kejadian salah seorang adiknya berbelanja jajan di gerai aboh dari wang yang sepatutnya untuk membeli serbuk kari.

Adik kedua mereka Manmisaimilai terpaksa berpisah dengan teman lelaki kelas sebelahnya di Sekolah tempatnya menuntut kerana tidak punya wang untuk membeli kertas warna bagi matapelajaran lukisan. Murid tahun tiga ini juga mengalami masalah ketumbuhan misai kronik yang memerlukan pemerhatian pakar. Kami tidak mampu membiayainya, kata kakak sulong mereka.
Anak bungsu keluarga malang ini juga mungkin mengalami nasib yang sama kerana kekurangan wang untuk membeli buku latihan tarian klasik India. Azmimalai cukup merindui ibunya kata kakak sulung mereka yang juga meminati Rosyam Noor. Beliau amat mengharap kepulangan ibu mereka kerana ketiga beradik ini terpaksa menonton drama lakonan Rosyam Noor dari gerai-gerai terpilih sahaja.

Arinacalai amat mengharap kepulangan ibu mereka memandangkan beliau kini yang sudah berteman lelaki bakal melangsungkan perkahwinan pada bila-bila masa. Dengan nada sadis... Arinacalai memohon bantuan orang ramai yang tahu di mana ibunya menyorok, disorok atau main nyorok-nyorok.

"Kalau jumpa sama saya punya Amma.... kasi taroh sama dia punya rumah juga. Itu Ramesh sudah mahu kasi kahwin sama saya. Lumbu juga ada jual... itu bulan"

No comments: