August 31, 2008
WELCOME... WELCOME
untuk semua pengunjung bazaar ramadhan
dan pembeli air bungkus besar jam 3 petang
selamat bersahur jam 8.00 pagi
udoh tua ni... bebawok lah poser yer....
Selamat Berpuasa
Dan juga selamat berpuasa... untuk semua pembaca blog ini.
MERRRRRREKA

August 30, 2008
Monalisa

Kenapa Tak gi Ngaji....

Fakerix (Cermin Tembus Baju)

Wuuuuiyoooooooooooo!!
Aku tak tahulah macam mana imaginasi kekawan aku kalaulah ada jual cermin mata jenis ni. Memang tidur pown tak bukak spek lah. Humang ai.... memang senak anggota. Tapi... aku dengar, dah ramai inventor yang invest nak buat spek jenih ni. Entah2 dah ada kot kat black market. Yerlah..... aku tak tahulah kalau ada negara yang nak benarkan menatang camni jual kat open market. Mahunyer.... membongkak tekak2 manusia tertib kat dunia ni nak buat demo bantahan.
Sebab apa aku kata ada...
Sebab... aku terjumpa iklan ni kat dalam majalah masakan. Aku rasalah... ni mesti iklang spek jenis tembus2 ni. Sebab model-model dia, aku tengok riang ria gumbira jer....
Aku rasa... Nuar Kering ngan Kama confirm jadi first buyer nyer. Sebab asyik dok nak beli Ray Ban jer... dua tiga hari ni.
Astaghfirullah.... tersengih korang yer.
Al-Fatihah
Salam Takziah dengan pemergian ayahanda mereka Allahyarham Abu Bakar Bin Awang yang telah kembali kerahmatullah pada 2.30 pagi pada 27 Ogos yang lalu kerana penyakit Kencing manis. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Terima Kasih untuk semua warga Selempot yang hadir dan bertungkus lumus sepanjang menyelenggara kelancaran pengkebumian Allahyarham pada pagi itu.
** Terima kasih untuk semua squad makan yang datang lepas jemaah surau beransur pulang. Kot yer pown tuan rumah jemput datang makan janganlah pakai seluar pendek. Arghh!! luar kewarasan betullah, tarak imej. Ada betul ka.....?
Al-Fatihah (bukan sekadar disebut... sila bacakan sekali)
Amin......
Curries Angel

Curi lah yang lain kot yer pown.
Dan.. disebabkan keterlanjuran dia menodai lighter aku, aku gari kau kat gambar ni Kama. Hahaha...
Dah lah terkantoi, pastu kena dajal habiskan bubur kacang semangkuk kat kenduri umah Wan. Hahaha.... terkebil2 aku tengok dia nak mengabiskan bubur kacang tu sebab perut dia dah sendat ngan nasi lemak. Nasib kau lah Kama.
Kan nyer mati pown... setakat kena paksa makan bubur kacang. Huhuhu...
August 26, 2008
Demo Pekerja

Demonstrasi pekerja gabungan dari empat buah negara yang menuntut kesaksamaan layanan samarata dan cuti bergaji. Mereka bersama untuk menggayakan kariografi bebas protes dengan tema " Kami Tak Mau OT... Pigi mati woi...!! ".
Mereka juga menuntut 20% tambahan waktu tidur,30% waktu riadah harian, 50% tambahan waktu rehat, 10% waktu keagamaan dan 5% masa tandas.
Persembahan diketuai oleh Daud Zerg mewakili pekerja kilang epal yang tertindas kerana tidak dilindungi insurans kehilangan wang kutu yang dibawa lari oleh salah seorang Nepal keruak. Turut mengiringi persembahan, Kamalotedah den dari persatuan rumah urut OKU, Reamy Remis timbalan pengerusi posto dan AP-pigida dari persatuan penanam kobis bulat.
Gabungan mantap tarian ini mendapat pujian beberapa Kesatuan pekerja yang bersetuju untuk tidak memberi langsung mereka cuti ini sampai bebila. Hahahahahaha!!!!
Gud Bye MCR

Zaman aku tengah berlonggok duit dulu... tiap-tiap bulan aku rasa aku dah terpacak kat BB mencari menatang kertas ni. Habih lah gak kat 3 ratuih dok beli buku ngarut ni (kata mak aku). Kalau tak Mojo aku beli Scratch, Guitar World, Kerrang, V, Readers Digest, Fine, National Geography yang lama2, kitab2 purba aku, sampailah buku Feng Shui tahun 70'an. Sebab tu aku tak ada bilik titun. Sebab buku2 aku dah titun kat bilik aku.
Hahaha.... Itu zaman dulu. Zaman duit seratus aku bayar tol Damansara yang 1.20 sen tu aku ingat duit lima hinggit.
La ni... entah berapa hinggit tol jahanam ni. Duit aku pown... dah tinggal selonggok dua jer. Lepas lah nak hisap rokok kebanggaan Selempot Holding.
Tahun lepas aku rasa MCR the most wanted band kot untuk world tour. Dengan budak2 cam beruk yang sikat rambut macam nak mintak pelempang. Posuer giler. Meluat tul. Macam nak aku muntah jer.... atas muka dia, biar selempat kat baju emo tu. Poyo... korang tau poyo. Hek eleh beb... rambut style tu, kat US zaman Bill Clinton jadi presiden dulu pown dah kira lapok. Tapi.. tu lah MCR nye penangan. Bebudak ni pown... kerja nyer, mengikut jer. Apa dan kenapa dia buat dia tak tahu langsung pown. Hidup kalau tak ada prinsip, baik miker2 ni jadi tiang lampu jerkan. Huk2..
Walaupown.. band ngokngek kepala kemek ni top meletop kat Malaysia, sampai tercabut-cabut kasut aku. Eh.. itu konsert MUSE. Ramai juga sebenarnya yang tak tahu salah seorang ahli kumpulan ni orang Malaysia. Yer... Malaysia, makan belacan ngan cencalok. Aku sendiri pown terkejut badak. Apalagi badak Afrika nu... tu tak termasuk Penduduk Zoo Ulu Kelang yang terkejut sama.
Aku dengar Melodi pown tak dapat cover cerita ni lagi. Sebab perkara ni terpaksa dirahsia oleh band dari media antarabangsa untuk dia orang maintain terus dapat sponsor makjun tupai. Tu pown, sebab mek Sri Pinang yang bagi tahu aku, dia ni memang kawan ngan Acheh jual makjun tu. Aku dengar citer, dia ni kena tendang dengan semua ahli band. Tendang perut, tepi perut dan bahagian2 terpilih mengikut selera masing2. Bukan sebab masalah displin, lambat bayar duit kutu atau tahi lalat. Tapi sebab masalah prinsip ni lah.
Sebelum keluarnya Welcome to Black Parade. Mamat sorang ni jer yang berkeras sangat nak guna tajuk album Welcome to Subang Parade. Sebab tu yang aku dengar dia ni kena tendang keluar sebelum album ni release. Patriotiknya sungguh mamat ni dengan Malaysia. Aku dengar pown dia dah setup business baru, pakat jual bendera malam merdeka ni. Jangan terbalik Rukunegara sudah. Kepada yang nak dengar vokal mamat ni, ada kat album Three Cheerys for Sweet Revenge... lagu nombor 4 yang ada backup dadadadadadadadadadadad.... carilah.
Patutlah aku tak pernah jumpa mag ni.
Udoh....

Aku tak tahulah.... dah berapa kali dah aku kahwinkan budak Aie\man ni. Lepas sorang-sorang, Baru jer... aku ingat nak bagi kat Pet anugerah Jantan Paling Curang 2008. Tak apa.... award tu... korang kongsi dua.
Sebab selalu sangat engko menyakart orang...
Hah!! korang tengok pulak camner rupa dia bila dimengawankan dengan Gemun. Mamalia terbesar planet SELEMPOT. Kuang x3
Muka ada sehnyium....
Nenek Terlampau

Semalam Yang Hangat

Minggu depan, dah bulan pose.
Atau dalam erti kata lainnya.... bulan yang siang harinya akan nampak sedap jer, COCA-Cola aku yang kat dalam almari tu. Selain bulan mengawal nafsu serakah manusiawi aku ni. Kiranya, ni jerlah bulan yang aku ada peluang nak kurangkan mendapan tar dan jerebu dalam alveolus paru-paru aku. Aku harap... bulan pose tahun ni, taklah panas sangat di kala cuaca bumi yang semakin mereng sebab manusia bengap kat luar sana yang hari-hari belanja ozon dengan CFC.
Aku tak kisah, cuma kesian kat kekawan aku yang betul2 nak poser tapi kena kerja kat bawah panas. Yang badan besar bulldozer tapi lupa niat sahur tu... Nak wat cam ner tak....
Dan, sempena menjelangnya Ramadhan tahun ni. Maka... dengan ini dilancarkan Squad spy Selempot Holding untuk mencari manusia terawal yang mendaftar diri me'napau' di Bazaar Ramadhan. Takkanlah... pukul 3.00 dah beli tapau... untuk buker kot. Lalalalala...!!!!
GAMBAR BAWAH: Pompuan tu... nama dia Mata Hari, antara perisik wanita paling berjaya waktu era permusuhan Jerman dan Perancis. Lama dulu... hang pa cari sendiri lah cerita dia. Aku citer kat sini pown buat buih-buih sabun jer.
Majalah Klasik Untuk Di Jual

awek saper ni....?

Huk2..... pelik giler...
Lama dah aku amik....
tanpa pengetahuan empunya pendrive.
Dan.... tanpa pengetahuan si empunya gambau,
Dan... aku editlah gambau asal dia yang agak kuning cam orang DG.
Sebab aku suka tengok rambut dia jer....
(sila kecualikan bahagian-bahagian lain yer.... itu, sila rujuk serangga KAMA)
Fuhh.... boleh jatuh cintalah kalau pandang minah ni lama2.
Nasib baik aku pakai spek gelap kalau buat kerja editing.
Dan semalam.....
baru aku perasanlah, dia ni ada dalam fwen myspace aku....
Hek2..... apa kau buat ngan gambau ni Rubah?
Ko hantau gi bomoh nombor ker....?
Untuk tuan punya gambau,
atau sesapa yang mengenali tuan gambau ni...
katakat dia....
aku teredit gambau dia...
sebab nak test photoshop version baru aku jer....
Hahahahaha.....
Kalau aku edit tiga kepin (kata aboh) mahunya... cayor (juga kata aboh) minah ni.
Tul ker... nama dia E-kin...?
Jadi...!! kesimpulannya, untuk awek Malaya yang nak gua edit gambau dia. Contact kat sini yer....
Upahnya... cuma teman gua gi Galeri KLCC dan Galeri2 yang ada kat Kuala Lumpur ni. Serious kah aku,....?
Aku bowsan...
kasi tukar sikit
kita tukau sikit rupa blog ni.....
sajer jer.....
semangat sikit aku, sebab nampak rupa dia dah lain..
tak adalah sefesyen jer...
Orang kalau hari-hari mandi pown tapi tak tukar baju.... kan ker pelik.
Cindy Crawford pown aku tinggalkan... kalau udah jenis mandi tak reti nak tukau baju ni.
Dan......
Sebab tulah... diciptakan tak ada orang yang muka dia sama jer sampai tua,
Kalaulah muka manusia ni tak boleh berubah.... ubah
aku ingatlah kan.... senanglah pak polisi nak tangkap orang jahat.
Orang jahat cam Pair'jul, Biawak, Ajeeb dan Awang Donde.
Ahak...s!
Kesimpulannya.....
mari ramai-ramai kita tukar girlfriendssss kita, bila kita sudah bosan.
Tak gitu Gemuk.
Ehh..!! Apa aku ngarut ni.
August 22, 2008
Puan Sepolmalai

BersamaKU banned from TV

sayangi Warga Tua
The Best Movie Of The Year : CAR WASH

Ketagihan melampaunya terhadap pengilat kereta menyebabkan perniagaannya musnah sama sekali setelah gagal membayar ansuran periuk karan' dan menyonglap duit-duit kuih yang di tumpang oleh Mak Cekelu. Sejak itu Ramu terpaksa menutup perniagaan Nasi Lemaknya kerana wajah terkininya menakutkan sebahagian pelajar tadika berhampiran. Demonstrasi penduduk sekitar menyebabkan Ramu terpaksa berpindah ke kampung.
Sewaktu Ramu mengemas barangan peribadinya. Beliau berjumpa dengan sebatang payung lama yang mengeluarkan cahaya. Sejak itu beliau mula mengalami mimpi ngeri seperti menebas rumput, lompat bergalah, menjolok buah-buahan dan bermain layang-layang. Atas nasihat seorang pakar perubatan tradisional (Bomoh Baok), Ramu mula menggunakan payung tersebut mengikut arahan bertulis yang tertampal di pintu tandasnya yang disangkakan poster iklan racun perosak. Beliau mula mempraktikkan beberapa jurus tai-chi, senaman perut untuk menghilangkan ketagihannya.
Salah seorang pelanggan tetap Ramu yang bersimpati dengannya (Noni), membawa Ramu kepada pihak bank untuk merujuk masalah yang sedang dihadapi Ramu. Atas bantuan Noni, Ramu memulakan perniagaan mencuci kereta miliknya sendiri. Saksikan.. sebuah filem sadis yang penuh dengan aksi dan realiti masyarakat tersisih. Filem yang menelan belanja hampir RM150 juta dengan menggunakan teknik "bila free kita shooting" kata pengarahnya Saudara Remy Ramesh. Filem ini dijangka berjaya membatalkan semua open house tahun ini kerana memulakan tayangannya sebaik sahaja pengumuman hari raya dibuat.
August 20, 2008
Pendatang Merusuh
Aku rasa banyak2 PATI yang ada kat Malaysia ni... orang Indon ngan Selatan Thai jer lah yang aku leh lagi wat kawan. Nak wat bini... hmmm.. boleh difikirkan. Ngan bangla sorrylah... bau dia, ya amat... tertutup terus cita-cita aku nak makan kacang bendi. Mynmar ngan Vietnam.... hmm... makan kucing. Memang evil giler....
Mungkin sebab aku selalu sangat kot dulu gi Indon. Jadi... macam2 pesen org Indon ni aku dah kawan. Dari perampok, maling sampai si ojek-ojek.
Sebelah ni antara PATI yang baik ngan akulah. Gambar waktu dia orang kena tangkap kat pasar malam sebab terlibat dengan pergaduhan PATI lain dari Kemboja. Alahai... benda kecik pown leh gaduh2. Sebab berebut apam balik... sampai boleh jadi rusuhan PATI. Gila rebel dia orang ni. Nasib baiklah... aku datang jamin. Kalau tak mahunya naik kapal sayur dia orang balik negeri.
Aku bukan apa... dia orang ni dah lah tak ada sinaran pasport kegemilangan, dah tu... rabun2 ayam lak. Kesian gak... kekadang.
Tapi tulah... nak aku marah, dah besar2 bulldozer semuanya.
Dari kiri : Remy Ramesh (Surabaya: Madras sebenarnya ssshh... diam2 jangan kasi tau orang) dan Daud Parjo (Lombok) dan bawah yang terjelir Ajeeb Khan (Lahore, Pakistan)
Makhluk Tuhan Paling Seksi

coconut milk
August 19, 2008
Jawatan Kosong Penari Kebudayaan

Mamalia Yang Jarang ditemui

Kelmarin makhluk ni off. Walaupun engkau orang nampak dia pakai kostum serangga... sebenarnya inilah mamalia yang paling jarang ditemui selain dari Daud Tun Razif. Sebab tak ada makhluk lain kat Taman yang paling indah tempat aku tinggal ni. Aku ajaklah si Kama ni... lepak kat habitat aku a.k.a bilik kebal aku. Bilik paling kebal untuk mengelak segala isi ceramah mak aku. Sebab bilik ini pown dah jadi bilik rasmi segala aktiviti baik dan jahat aku kat umah. Hahahaha.... Atau dalam bahasa ibundanya... "Engkau kemaslah sendiri bilik engkau". Jadi... aku ada dua bilik sekarang.
Maka... melepeklah malam tu si mamalia ni kat bilik aku. Dengan segala khazanah koleksi laptop dia... untuk tukar pakai ngan aku. Humang ai.... sikit punya banyak. Patutlah orang kata mamalia ni King Reproduktif. Dia punya koleksi nilah yang memajukan rumah-rumah urut dan bilik merah Malaysia ni. Huhuhu...
Tapi itu aktiviti kedua. Aktiviti utama... ialah menggelakkan Si Remy Ramesh punya gambar tudung. Sikit punya suka mamalia ni.... nasib baik tak histeria dia gelak kat dalam habitat aku. Dan malam itu..... bergembiralah si mamalia ini dengan koleksi gambar selempot bebudak semua. Sampai tunggang terbalik posisi dia... klimaks gelak. Aku tengok macam pesakit sawan peringkat akhir. Sampailah tetiba aku tunjuk dia gambar serangga ni.... Hahahaha....
Jadi... inilah dia penawar sindrom gelak untuk Kama. Tapi sampai semalam aku masih tak nampak serangga ni dah. Sebab tulah aku panggil dia mamalia yang jarang ditemui.
August 18, 2008
Pelamin Anganku Musnah

August 13, 2008
Bersamamu
Saat-saat kegemilangan Apis bergelar suami orang. Walaupun nama dia Apis Gajah. Tapi kawan-kawan bersyukur sebab dia tak jadi suami gajah.
Apis Pown Selamat Gak....

Kumbang Terbang
Botak Nor kalau dah dapat microfon... macam kumbang dapat bunga. Dia ngan Abang Ketua kampung tu... sama jer lah. Huhuhu...
Berdasarkan perancangan semasa Selempot Holding yang dipersetujui Ahli Majlis Tertinggi, memang kita orang rancang nak belikan Kereta Kancil baru untuk Cik Lat sebagai hadiah kahwin. Tapi aku tak tahulah apasal... Pair'jul sampai saat akhir asyik bangkang jer.. cadangan ni. Dia sorang jer yang beria benar suruh Selempot Holding minta tajaan Durex untuk hadiah kahwin. Aku pown tak paham apa masalah mamat ni. Sampai baju penanggah pon dia nak ada cop lambang Durex. Hui... gilo apo. Nasib baik aku sempat leraikan kalau tak mahunya lunyai si Gemon kena gigit 'payu' dia dengan si Pair'jul pasal meeting hadiah ni.
Sebab kes ni lah... Selempot Holding tak ada hadiah untuk kahwin Cik Lat ngan kahwin Apis. Jadi... Selempot Band (SB) turun untuk menghadiahkan dua buah lagu (sepatutnya) yang telah di buang setengah oleh Botak Nor. Orang suruh ulang chorus.... dia bantai gi outro. Hampeh tul...
Walaupun band ni cuma praktis, dalam waktu-waktu renjat kata orang Nigeria waktu-waktu lapang. Kita orang... selamba jer gigit band kenduri hari tu. Nasib baik dua lagu.. kalau nyanyi tiga lagu... mahunya Botak Nor dah mintak royalti siaran ngan lintas langsung ke rumah Ajiz Keropok. Sebab dia sorang jer, yang tengok kenduri ni kat TV. (Apa ko ingat ini Debat Minyak ker Ajiz...)
Berbekalkan sisa-sisa ketar yang ada kat Laksa (pemain dram SB) petang tu dan goyang-goyang Tua (pemain bass). Selempot Band mendendangkan sebuah setengah lagu (setelah dipotong oleh Botak Nor) iaitu instrumental Careless Whisper (George Micheal) dan Kasih (Hetty Koes Endang) untuk Cik Lat dan Tipah.
Sorrylah.... Jamil.. Botak Nor tak tahu ko nak nyanyi petang tu. Selempot Band pon kan nyer hafal lagu permintaan ko tu. Ada ker kenduri mintak lagu Rabbani (Pergi Tak Kembali Lagi). Ko nak makan pengacau kawah ker Jamil.
Yang aku tak puas hati tu.... ni siapa punya kerja amik video senget ni. Korang ingat aku editor majalah cicak ker.
Perutusan Khas Cik Semah
Makcik mengucapkan Selamat Pengantin Baru untuk Lat... anak makcik, semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Ko tengok aku ni Lat.. dah ada cucu ni. Lepas ni leh dapat anak cam abang ko si Ayin tu... Tapi jago sendiri, ni mana si Ayin ni.. aku pulak yang kena jaga hero dia ni.
Nak harapkan si Pai'jul... mau sawan di sakatnya anak Ayin ni. Ala..... Paijulll.... Berdating.. buleh lah aku tengok.
Satu lagi...
Dah kahwin... tak boleh mintak duit aku lagi. Tapi... tolong-tolong lah aku kat kedai depan tu. Penat aku membosarkan kan ko... paham.
Raya ni.... jangan ko tak balik kampung lak Lat. Balik-balik lah tengok mak...
Apa-apa pown... Makcik doakan Malaysia berjaya memungut satu pingat emas untuk Sukan Olimpik ni. Sekian, Thank You.
August 12, 2008
Bila Lat Menyanyi
Engkau terima jer lah Lat... ini jer satu-satunya hari engkau kena sakat ngan budak-budak. Hahahaha..... tiga hari paling lawak aku tengok mamat ni. Tak... ganas langsung. Tapi... itulah Cik Lat setelah berhempas pulas melawan gigil dan keberatan tangan Imam Jalil. Aku rasa itu debaran paling kencang jantung dia selain peluh sejuk masa Tok Mudim nak putuskan muncung peluru berpandu dia dulu. Kelmarin... dah.. boleh pakai peluru berpandu ko yer Lat. Tepat...?
Kepada yang tak sempat menghadirkan diri ke majlis ini. Boleh ikuti sedutan ucapan penutup dari Cik Lat yang dia dah karang sejak dia darjah dua dulu. Dan... terpenting sekali sesi santai pecah perut mendengar Cik Lat membaca lirik. Aku tengok Abang angkat ketua kampung tu.. asyik menyibuk jer... kat microfon. Lepas dia... dia lagi. Lepas dia.... dia lagi. Nanti ko belanjalah dia satu mikrofon Lat oi.. Hahahaha....
Aku tengok Tipah dah tanya macam-macam. Ko diam jer Lat. Apo... yang ko nyanyi Lat>?
Tanya... sama Cik Lat apa... sebab goyang. Nanti jawab Cik Lat Imam yang goncang.... Ta...nya sa..ma Imam... apa sebab goncang. Nanti jawab Imam... ko tanyalah sapa-sapa ko nak tanya. Hah.. korang tengoklah sendiri.
Jejaka misteri
Temuramah Jawa
Inilah temuramah Jawa kurang 12 jam selepas kejadian keterbalikan beliau dan motor tunggangannya di corner-x. Walaupun tiada arahan bertulis dari pihak berkuasa untuk dijalankan temuramah ini. Dengan bergayanya si Pair'jul menemuramah Jawa bagi memastikan nombor plat kenderaan yang terlibat setelah dia ngan Botak Noor tersalah sepital. Aku rasalah... ini mesti arahan si Remy Ramesh. Al-maklumlah.... takut kedai tutup kalau petang sangat.
Pepehal... pown... korang dengarlah pelan-pelan apa yang si Pair'jul ni mengarut. Sebab cita-cita dia... selain jadi pembawa kereta berjaya... dia nak mengorat semua nurse yang ada kat Malaysia.
Patutlah... aku dah tak nampak nurse India rambut siput yang selalu naik bas Pakcik Joe tu lagi. Aku rasa... mesti dah terkena gangguan seksual mamat ni. Astaghfirullah..... Pair'jul
Final Miss Malaysia
August 11, 2008
Surat Pemecatan Keahlian
Bagi Cik Lat lah.... ngan Cik Tipah. Opps... Puan Tipah.
Sebab yang nampaknya majlis angkat nikah. Walaupun aku tak dapat nak pergi petang Jumaat tu. Yang tak nampak tu.... miker' jer lah yang tahu.
Selamat gak ko mengangkat tangan Imam Jalil tu. Review penuh untuk acara persandingan dan mari membaca lirik semua ada kat Botak Nor dan konco-konconya.
Dari video si Pair'jul tanduk abang dia sampai tengah hari esoknya dia mengangkat bunga telor pon ada. Nanti satu-satulah aku masukkan.
Sebab ada gak Selempot yang tak dapat datang bolehlah tetengok kat sini, Al maklumlah.... undangan kahwin bertimbun-timbun. Serentak lak tu... dari si Hafiz Gajah, Faliq, Moh tu tak termasuk lagi majlis yang tak jemput. Macam... majlis sunat ngan majlis menyambut suami baru.
Buatlah hari senin ker... hari Jumaat ker...
ni semua nak wat hari Ahad.
Buat susah si Ajiz jer.... nak datang. Hari Ahad kan hari kebangsaan dia. Hari untuk mengasuh bakat mata dia.
Kahwin gak ko Lat... Kalau dah namanya jodoh. Sorang Bas Dollah.. sorang Bas Cik Rop, dalam bilik bertemu juga. Rerajinlah naik bas..
Ada sesapa nampak Adi bas masa kenduri ni.....? Ahahahahaha.... macam nampak tak nampak lah.
Gambar terakhir Cik Lat sebelum menamatkan zaman bujangnya dan secara rasmi menerima Surat Pemecatan Keahlian Bujang dari AJK Riang Ria Selempot Holding, Saudara Pair'jul.
Selamat bercucuk tanam yer Lat...
Bin Ramzin.
alah port biasa korang melempek pepetang..
dah sudah...
kelmarin.. aku makan nasi kerabu ngan cerita Jawa accident.
Dah pulok....
cam mana lah ko boleh tergolek kat tempat Gemok menyungkur tu..
Pejal Latip pon pernah gak makan tar kat jalan tu...
tu tak termasuk lagi benggali roti yang bergelempang aku tolong dulu...
dapatlah roti kaya satu....
tak ambik pon... kesian aku menengok nyer...
Kelmarin Jawa a.k.a Bin Ramzin selamat mendaratkan diri dan motor LC nya setelah berangan atas motor...
aku pown tak tahulah macam mana dia boleh terbalik...
Tapi menurut wartawan kejadian si Pair'jul katanya (selalunya dia ni menipu) dia ngelak kereta Kancil. Demi menyelamatkan kereta Kancil cinonet ni.... dia hantamnya Mercedes...
Mak oi.... macam Arin gak ko ni Jawa... nak langgar Mercedes jer..
Si Pair'Jul dulu dilanggarnya Hilux....
Kenapalah.... korang tak langgar yang murah-murah jer....
macam kereta Jamal ker....
Tempe pandai.... dia sorang jer yang berani langgar van sayur Pak Ayob. Tu pon sebab nak mengorat anak Pak Ayob, huh... niat jahat.
Bagi mengetahui cerita sebenarnya.... nantilah aku tunggu Jawa balik. Sebab Botak Nor lah... salah bagi info, Katanya SMC... tapi kat SAMC. Huh.. patutlah tak ada... Jawa. Banjar ngan Bangla adalah..
Selempot Holding mendoakan kesihatan Encik Jawa... semoga bahunya dapat kembali ke tempat asal.
Temuramah wartawan lokasi Karan Sinki Pair'jul nanti aku upload.
Jangan ko palam nurse SAMC tu sudahlah Jawa.. Balik cepat Jawa, aku tengok Nuar Kering asyik nangis jer... rindu kat ko. Hahahaha....