July 24, 2008

Suratan Atau Kebetulan

Klang 25 July Menurut survey beberapa majalah gosip tempatan kelmarin ini antara percintaan paling sensasi tahun ini. Berdasarkan survey para pelajar Tadika Ustaz Jeff, mereka memilih pasangan ini bebanding kisah percintaan Erra dan Hans. Lebih hangat berbanding kuali goreng roti john.
Sejak kemunculan mereka dalam program diskusi meja luar Sri Pinang, kedua-dua pasangan ini kelihatan menunggang motorsikal secara berasingan. Menurut beberapa saksi yang melalui kawasan ruang legar zon perniagaan mereka, pasangan ini tidak semesra dahulu walaupun masih berniaga sebumbung.
Insiden yang melibatkan tangan terbang ke batang hidung Botak Nor ini juga, turut mendapat perhatian beberapa NGO dan badan gosip tempatan.
Memetik kenyataan Presiden Kelab Pembaca Akhbar Tamil (PKPAT) Saudara Remy Ramesh, ini antara isu yang paling hangat di dalam akhbar pilihannya.. Metro Kedai Awe. Tambah beliau lagi, yang merupakan pelanggan tetap Rokok Luffman, Gemok kelihatan termenung dan menghabiskan rokok rakan-rakan selepas insiden malam tersebut. Sementara wakil persatuan motor asap banyak, Encik Pair'jul menceritakan detik-detik cemas bedasarkan cerita kengkawan kerana kejayaannya menghuru-harakan mesej penduduk bumi. Cipan punya monyet.
Sejak kelihatan kembali bergandingan, pasangan ini kembali menggemparkan apabila dilihat berdua-duaan menaiki motorsikal berpembonceng besar di sekitar kawasan Klang Jaya dan Klang Perdana. Apabila wakil kami, gagal mendapat ulasan Abang John berhubung kejadian ini kerana enggan mengganggu harga pasaran bahan mentah untuk Roti John. Sehinggalah semalam saksi kejadian saudara Botak Nor kembali semula ke lokasi kejadian dan melihat kemesraan mereka kembali terjalin macam lagu Slam. Huhuhuh... turut mengiringi, Saudara Azam Ringgo yang secara kebetulan sedang berlegar di kawasan pasar mencari-cari tanda G yang kena palang.

No comments: