July 30, 2008

Penyapu terbang

Untuk tak memeningkan kepala korang, Ini... gambar penyapu bilik aku yang dah habis hayat guna. Yang aku terbangkan dari dalam bilik aku terus ke porch kereta.... dan... kena kat pokok langsuyr mak aku. Sebab dekat ngan tong sampah bawah pokok mangga yang Arwah ayah aku tanam.
Kenapa aku gambar penyapu ni....?
Di sebabkan penyapu terbang ini jugalah mak aku dok bagi ceramah motivasi, ceramah keselamatan jalan raya, ceramah kesihatan dan kempen berhenti merokok dan bermacam-macam kertas kerja belia kat aku kerana secara bergaya melandingkan penyapu ini atas pokok langsuyr dia. Maka.... dekat seminggu jugalah aku dok melayan program ceramah dia. Tak tahan... aku kuar jer lepak memana.... sambung episod lain.
Jadi... aku rasa gambar penyapu ini memang memorable dan reasonable. Nasib baik lah aku ni baya-baya bapak budak cuma belum kahwin jer. Kalau darjah dua... maunya di dah ajak aku lumba lari ngan hanger baju. Pilih jer nak warna apa. Oooo.... ngeri.

Nampak sangat mak aku sayang pokok langsuyr dia berbanding aku... hahaha... jangan adik beradik ngan langsuyr sudahlah.

No comments: