July 22, 2008

Bahagiakah mereka...

Selamat Pengantin baru...
ni yang tengah sibuk nak kahwin ni.....
Si Cik Lat...

dah tiga hari tidak melaporkan diri dalam
aktiviti Selempot Holding.
Busy.. bebenor agaknya...

Pengantin kat sebelah ni...
dah selamat dah... bahagiakah mereka...?
Selempot Holding mendoakan kebahagian mereka
berkekalan sehingga ke anak cucu..
dapat cicit jer...
ha.. bolehlah kalau nak kahwin lain.

Walaupun Wan Bakar tak sempat nak melihat kelahiran lembu dia yang masuk parit hari tu... sebab dah jual. Penat jer aku, Arin ngan Remy Ramesh terkial-kial menarik. Ya.. azab. Aku rasa... Selempot Holding pon.. tak sempat gak nak tengok kelahiran baby' dia orang ni kot.Dari dulu pengantin perempuan ni bunting tak.. bersalin-bersalin. Hah.... cari baby kongsi jer lah. Senang citer.

Mengucapkan Selamat Bermesra Alam di waktu malam dan tahniah untuk Cik Lat kerana mendapat adik-adik baru. Pay'jul... bukannya mengaku engkau abang pon. Hampeh punya adik..

No comments: