July 23, 2008

Lubuk Tupah




Ini... ha cerita gambau misteri ni. Adakah gigi ini sensitif seperti perasaan tuan giginya? Lu orang pon satu.. bukannya nak tolong pancung Surya si Azam ni. Kalau korang nampak jer... dia start kunyah filter tu..terus jer rampas mintak pancung. Dahlah dia bantai Nescafe pekat manis, campur lagi filter Surya manis, senyum simpul manis (sejak akhir-akhir inilah), dulu kerja kilang ais krim yang manis...Hui... hidup di kelilingi serba manis. Itu tak campur lagi dengan radiasi ima.. ima.. ojer. Mahunya tak kronik. Untuk Azam.... pakar pergigian mengesyorkan florida untuk masalah gigi sensitif.


Pelancaran kempen Selempot Holding menyelamatkan gigi Azam. Kita mesti bersatu.. selepas kegagalan kita menyelamatkan gigi Pairjul dalam tragedi kacang. Sebelum nasi menjadi bubur, dia letak air banyak sangat.

Kalau lu orang pernah tengok Lubuk Tupah... dia orang ni main skodeng celah-celah jer.. Lu orang leh skodeng.. anak tekak Azam dari celah-celah tu tau. Lubuk tupah tu... sila rujuk Jabatan Entiti Selempot Holding. Kita masih belum terlambat... untuk menyelamatkan Azam. Sayonara




No comments: