November 10, 2008
Argh.... Husak Lagi..
PC pakcik rosak lagi lah pulok....
agak busy sikit dok terkejar-kejar di malam hari menyiapkan assigment kahwin budak2.
Tu lah yang terbiau lama sangat blog ni.... macam tak ada tuan...
tak per lah... ti gua update selalu lah yer...
ngah operate balik isi perut PC aku kat umah...
pasai buat banner si saipolmalai lah ni...
huh...!!!
Jaga kau...
October 29, 2008
Welcome
Selamat datang untuk cik azyaii, syakila dan encik laksa yang selamat mendaftarkan diri setelah mengambil insuran perut masing2.
Mari lagi ramai-ramai.....
kita bikin serabut ini taman.
Macam mana serabutnya.. kes kat umah apai semalam. Alahai....
cam buduh pown ada gak.
October 28, 2008
R.Azmi bukan Azmi Penyu yer

bukan Azmi penyu naik RXZ tu..... orang Melayu kalau tak kenal R.Azmi ni humang ai.. peraq' giler... boleh kalah Nepal engko. Sebab Pakistan carpet pown kenal ngan R.Azmi.
Ala.. lagu Pakai Baju kancing Suasa.... tu.
Arh... lagi lagu Si Hitam Manis. Bukan Si itam remy... itu lagu lain.
Sajer jer... aku nak gi tau korang, kalau ada yang tak pernah tegk gambau R.Azmi ni. Gambar dia belah kiri, yang kanan tu P.Ramlee ngah main piano kata Jamil.
Ramai yang kata kat aku, R.Azmi ni kuburnya kat Klang...
So.. ada sesapa tau kat mana kubur dia.
Sebab dah tiga tahun aku cari tak jumpa2. Yang aku tahu kat Klang jer lah....
Tini bagi Oh.... Tini
October 27, 2008
The Sinks

Rolling Stone & Rolling Stones

Anak Aboh

Tuan Blog: Kamu... ni anak Pak Ya yer....?
Anak Aboh: Hehehehe...
Tuan Blog: Datang dengan siapa....?
Anak ABoh: Mak,Aboh dengan Uda..
Tuan Blog: Ngaper takgi semayang...
Anak ABoh: Hehehe... main kejar2.
Tuan Blog: Abang Echam mana....?
Anak Aboh: Kat umah..
Tuan Blog: Dia tak gi sembahyang terawih ker...?
Anak Aboh: Tak dia accident semalam.
Tuan Blog; Ooo.... teruk? Nampak.. cam sihat jer...
Anak Aboh: Entah.. kepala dia berdarah.
Tuan Blog; Oo.. kepala dia datang bulan lah tu.. Abang Zahir kamu... mana?
Anak Aboh: Entah.. dia keluar dengan makwe dia.
Tuan Blog: Yer ker, dia selalu keluar dengan pakwe dia jer.. mana dia ada makwe.
Anak Aboh: Mana orang lelaki ada pakwe.
Tuan Blog: Tu... Adi Bas tu bukan pakwe dia.. ker..?
Anak Aboh: Bukan lah.. dia dengan makwe dia, naik kereta.
Tuan Blog: Dia tak pernah bawak jalan-jalan naik kereta...?
Anak Aboh: Tak... Aboh jer yang bawak.
Tuan Blog: Gi mana....?
Anak Aboh: Beli jajan... Gi Giant..
Tuan Blog: Kamu sayang abang kamu...?
Anak Aboh: Entah... hmm... hehhe..
Tuan Blog: Kamu sayang Echam ker.. sayang Zahir...?
Anak Aboh: Echam... (kenapa...?) Sebab dia selalu hantar gi sekolah.
Tuan Blog: Ooo.... dia garang tak...?
Anak ABoh: Tak...
Tuan Blog: Dia ada pakai subang kat telinga dia... sebab tu dia tak garang.
Anak Aboh: Dia pakai rantai jer....
Tuan Blog: Aboh tak marah... dia pakai rantai ngan warna bulu-bulu kepala dia...?
Anak Aboh: Dulu adalah....
Tuan Blog: Kuang3x...
Tuan Blog: Kamu dah ada pakwe....?
Anak Aboh: Hehehe.... ada.
Tuan Blog: Sama kelas ker... kelas sebelah...?
Anak Aboh: Sama kelas sekolah agama jer....
Tuan Blog: Oooo.... teman bagi tahu aboh kamu... hahahaha...
Anak aboh: Hey.. jangan...
Tuan Blog: Hahahaha.... gi tahu Echam abang kamu..
Anak Aboh bersama cenderamata sumbangan Syarikat Mainan Main-Main Gemok Ltd kerana menjayakan sesi interview terjah terjun semayang terawih bersama Tuan Blog di surau Taman.
Kahkahkah....!!

Pepown....Terharu... cam nak gigit pokok sukun jer ni. Hahaha.... jatuhlah pasaran saham korang. Jangan pinjam duit KWSP nak support bluechips board udahlah.Bankrup negaraku
Cita-Citaku
October 26, 2008
Tamborin Vs ninonino sebut laju2

October 21, 2008
Gambar Untuk Adinda

Apek Ooo.... Apek
semalam aku nampak adik dia lah pulak yang berbungkus.
Aku ingat bulan raya ni... memang dia dua beradik dah berpakat nak main bungkus-bungkus tangan agaknya.
Orang yang kena belasah, steady jer.
Orang yang membelasah sampai retak tangan...
Huhuhuhu.....
Apek kata dia belasah mat pet.
Kuang 3x
October 18, 2008
Membelasah Pengetua
Engkau bayangkan cam mana bebudak form 4 bawak van cikgu ramai-ramai gi serbu final bola. Kata, pengetua nak penyokong. Driver untuk penyokong dia tak nak gaji. Peruntukan tambang tanggung sendiri. Kita orang belasah jer van Serena dia. Memang aku salute kat cikgu ni sebab bagi kita orang belasah van pengetua seharian. Nasib baik tak kantoi. Kalau tak... ngan cikgu tu sekali kena gantung sekolah. Dah lah pengetua aku pompuan. Elak... dia gantungnya bahagian penting kami kat tiang bendera sekolah jer. Hahaha..
October 16, 2008
Majalah Aku Untuk Kau

Periksa Jangan Tak peksa...

30 tahun yang lalu dunia meramalkan kanser payu dara menjadi pembunuh utama wanita menjelang dekad pertamaalaf 21. Hmm.. tak sempat dik, dah sepuluh tahun lebih awal penyakit ini jadi pembunuh utama. Sekitar tahun-tahun 70'an pemeriksaan payu dara sendiri oleh wanita adalah lambang kesedaran wanita berbanding bergantung kepadalelaki secara total. Kesedaran ini meningkat pada wanita Canada waktu itu.
Kepada wanita yang masih tak tahu.. era 70'an ini zaman wanita tengah panas memperjuangkan hak kesaksamaan dengan orang lelaki. Zaman world feminism. Zaman ini jugaklah... wanita baru sibuk nak main bola sepak, nak lobi kategori wanita sukan olimpik sesetengah acara, nak hisap rokok terbuka,nak hak berfesyen, nak jeans cutting wanita dan macam-macam lah kerenah orang pompuan zaman tu. Maka.. bersepah-sepahlah kempen kesedaran kat Canada waktu tu. Kerana mahukan wanita memeriksa sendiri bonet depan mereka daripada membelanja percuma pemandangan indah kepadadoktor lelaki. Zaman ini jugaklah.. orang pompuan barulah sibuk nak belajar pepandai bidang sakit puan. Dulu.. tak hendak pulak.Aduh..!! orang pompuan ni. 10 tahun lamanya kempen kesedaran pemeriksaan ini dilihat cukup berjaya. Namun sehinggalah mamogram dicipta sebagai pengimbaskanser paling sensitif untuk penyakit cam gini. Pemeriksaan sendiri dilihat tidak lagi praktikal. Kerana tanda kanser initidak sahaja dalam bentuk benjolan atau lebam kecil. Mamogram banyak mengesan kes kanser peringkat ketiga (lewat dah ni) tanpa benjolan.Terutamanya wanita yang punya sejarah kanser di kalangan ahli keluarga.
Merujuk kata-kata pakar kanser ini Dr David Thomas "Kesemua wanita hari ini dilahirkan untuk menghidap kanser payudara, sekiranya... tidak dilakukan pemeriksaan berkala yang tetap.Pemeriksaan sendiri setiap bulan, pemeriksaan doktor setiap enam bulan dan mamogram setiap tahun adalah langkah selamat" So.. khabarkanlah kepada ibu,kakak,makcik,adik,nenek,awek,aweks,bekas awek,awek kengkawan kita semua betapa pentingnya pemeriksaan mamogram ini.Bukannya suruh korang yang pergi check. Lelaki yang tetiba jer berpayu dara pown elok jugaklah pergi buat mamogram ni. Manalah tahukan... tak gitu Gemun. Mencegah lebih baik berbanding merawat. Woi...!! Aiman orang ada caralah nak check.. bukannya periksa pakai sotong lah.Doktor manalah ajar kau Man...
Pesanan Tuan Blog: Elakkan 'boiprenk sendiri' atau 'boiprenk orang' melakukan pemeriksaan bonet depan anda. Takut dapat benjol besar kat perut pulok.
DALAM KAIN

Bowling Sukan Hampeh

Bukanlah sebab masuk longkang tu yang buat aku benci menatang bowling ni. Tapi sebab aku ni dilahirkan dengan susuk tangan yang kecik...jadi memang tak ada saiz bola yang sesuai kot. Walaupun jari aku ni tahap kategori kuat.. tapi sebabkan lubang bola bowling tu tak 'fit'. Habih..melecet. Dah.. lah... 'jem' jari aku nak praktis main gitar. Empat tahun lepas masa tengah show.. jari aku kejang masa tengah solo. Humang ai..mahunya tak mengamuk band aku. Nasib baik.. orang lain tak perasan. Sebab semalamnya lenguh main menatang bowling ni lah.
Maka sejak tu.. aku mengharamkan sukan bowling ni walaupun awek-awek kilang suka sangat main bowling. Lantaklah.... Jadi.. gua tak kisah pon kalau Gee Mun ngan Remyza Ramesh tak ajak gua main bowling. Sebab.. memang aku tak minat main bowling, lagi-lagi kalau adaPair'jul (aik..! kena jugak). Huh..!! So.. kalau ada awek-awek yang nak ajak gua teman main bowling. Memang aku melangok jer lah tengok aksi gedik sebab strike tak sengaja. Hahaha..!!Kalau nak ajak... Ajak gua main lain jer lah. "Ma...in La...in..?" hahhahaha...!!
October 11, 2008
Mahkamah Perintah Siasat Monarin
Pesta Guling Lentang Raya Ke-6
Maka berteraburlah serpih-serpih BKC1522 di jalan raya selepas dengan handsomenya menonggengkan diri dibumper depan Toyota Camry. Aduh........!!! Seperti berteraburnya gigi apek senyum semput pertama kali menatap motor Allllejeknya di rogol rakus oleh abang sendiri. Kejadian raya ke-enam yang dadadadadadadada....
Tindakan pantas Selempot Holding yang bergegas ke lokasi kejadian berjaya menenangkan Apek yang dah separa histeria. Menurut Botak Nor, Apek memang dah nekad nak gigit hancur bahagian sulit penunggang bertuah ni. Nasib baiklah... bebudak ni pujuk belikan ice cream cornetto kat Apek. Kalau tak, mahunyer.... hancur harapan abang dia nak cari waris jari kelingking dia.
Tiga kepin (kata orang Pay'rok) gambau (kata orang Melaka) ini aku rasa dapat menjelaskan situasi hari kejadian dan perasaan tuan punya motor. Agak-agak ko rang lah.......... perlu khidmat Aiman ker... tak perlu...?
October 8, 2008
Selamat Hari Mau
pada yang 'mau' beraya sahajalah kan.....
Tak kiralah... penuh atau terbengkalai puasanya. Asalkan... hati gumbira makan lemang ketupat.
Cuma aku jer... yang tak sambut hari MAU ni....
sebab.... aku sibuk kemas rumah aku sejak malam raya sampailah..... ke hari raya ketiga...
tu pasal lah aku tak lepak bus stop malam raya...
sebab...
ada kucing lah pulak.... terberanak kat dalam umah aku...
Adus.......................
Nanti korang melawatlah bilik aku yang dah bertukar macam pejabat PM kat Putrajaya....
Kalau idok.... hari tu macam bilik berita zaman perang jer....
habih tunggang langgang...
Aku rasa mesti kucing yang terberanak tu... letak nama anak dia Syawal... tak pon Fitri....
buleh lah... kucing belakang umah aku tu... panggil anak dia PET kot..
Huahauahaua... Selamat HariMAU...
'Apai jumpak rimau kat bawah katil nun...'
September 30, 2008
Adoyai...!!!

September 24, 2008
September 18, 2008
September 17, 2008
September 5, 2008
Abang REM

REM: Nama... appa kasi ka... itu kad tulis punya?
Mastukar: Itu kad tulis punya.....
REM: Itu Malaysia kad punya ka... India punya tulis...
Mastukar: Malaysia punya.
REM: Itu airport punya la... imigresyyen ka... office punya ka..?
Mastukar: Ya Allah... berikan aku kesabaran. Ko bagi jerlah apa nama ko..
REM: Saya kasi itu love name punya panggil, ada boleh... ka?
Mastukar: Yerlah.... boleh
REM: itu love panggil A.Y.G juga...
Mastukar: Berapa lama sudah jadi security guard?
REM: Baru jugak.. adik, empat bulan ini tahun. Tapi dulu punya tahun banyak juga..
Mastukar: Apalah engkau jawab.. ni.
REM: Tapi family punya history, saya appa punya appa punya appa juga dulu security guard. Jaga itu British punya kuda. Malam-malamkasi taruh dalam itu stable. Saya Appa punya Appa.. itu lombong juga jaga. Takut itu korek punya barang kena curi. Saya punya appaitu dalam juga duduk, kasi jaga itu bank punya bangunan sana Jalan Ampang. Tapi dia sudah pension lah adik..
Mastukar: Lu.. apa jaga..
REM: Saya jaga ini building macam saya punya appa, tapi ini bukan bank juga.. ini goverment office juga. Saya punya anak pon itu jaga..
Mastukar: Hah..!! berapa umur sudah kerja.
Rem: Betul encik, dia umur 4 tahun.. juga. Kalo petang dia punya amma mau hantar nasi sama saya... dia jaga dia punya diri sendiri. Hahahaha...
Mastukar : Enchok nyer....tu. PAn@!@#@!# kau. Lu sini apa pengalaman ada.
REM: Apa itu pengangalaman...?
Mastukar: Itu experiences... lah
REM: Ooo... banyak aaaada... itu sweet punya ka.. sad one punya?
Mastukar: Sweet sama sad jugalah.
REM: Dulu adik.. sini jam punya tempat ada satu kedai bunga banyak sibuk... lori sama itu kereta so rushing.Saya hari-hari sini duduk juga, mau kasi jaga ini pintu. Bila itu lunch punya time sudah masuk. Tiba-tiba saya dengar itu ponponpon punya bunyi. Verrrryyy... loud. How sudden, saya punya mangkuk sudah lepas juga. Very shock. This guys, cannot control his lorry.. pomm. Itu kedai bunga punya dalam ada masuk. Adik tau ka.. apa lorry itu?
MAstukar: Tak tau..
REM: Gula punya lori... very sweet.
Mastukar: Hek... adoi... apa engkau cerita ni A.Y.G
Rem: Tadi adik mau itu sweet sama sad punya satu kali... ini cerita jugalah.
Mastukar: Lain-lain... what is your memorable moment... tarak lupa punyalah sampai mati.
Rem: Owh... ada, itu time saya kasi gagal rancangan mahu rompak itu ATM depan.
Mastukar: Hah...!! Ok, cerita..
Rem: Itu malam saya sorang juga pasal itu Abang Makmur mahu cuti pasal dia punya jiran ajak pergi sana dangdut. Lebey kurang pukul 2 pagi saya baru menutup mata, ada satu van berhenti itu depan juga. Ada lima orang semua termasuk saya.
Mastukar: Sana van ada berapa?
Rem: Sana van.. satu juga.
Mastukar: Berapa orang...?
Rem: Sana van empat juga.. saya sini menutup mata, sorang juga.. four plus one itu five juga. Aiiyoo...
Mastukar: Ok.. Ok... cerita
Rem: Itu empat punya.. semua ada hitam. Itu van hitam. Itu shirt sama pants hitam. Sama dia punya look juga hitam. Banyak confident mahu rompak juga itu ATM. Saya sini ada duduk kasi sorok belakang itu bunga. Perlahan-lahan saya jalan macam itu appa saya ada ajar sama saya. Tiba-tiba saya kasi baca itu satu ayat sama dia punya lagu...... banyak kuat juga. Ulang2 sampai 20 kali... itu pencuri semua lari kasi tinggal itu van saja.. juga
Mastukar: Apa ayat u baca?
REM: Itu satu ayat Abang Makmur selalu baca.....
Mastukar: Kasi baca.....
REM: Wooooo.............ooooo kamu ketahuan. Woooooooooo......oooooooooo kamu ketahuan.. ulang sampai lebam.
Mastukar: Hampeh KAu....
PANAS BARAN

Kumpulan post-punk etnik dari Lembah Klang, PANAS BARAN menggemparkan Malaysia baru-baru ini selepas beberapa minit Latok See Phong Hey meraih pingat emas acara renang sesuka hati.Mereka menjadi wakil tunggal Asia Pasifik yang terpilih untuk dicalonkan di MTV Awards bagi kategori Muzik Palig Hampeh. Ketua kumpulan ini, PetPotPet yang masih demam terkejut selepas menerimaberita ini sewaktu ditemui editorial kami di bahagian pakaian wanita salah sebuah pasaraya di ibunegara. Tambahnya lagi, dua anggota kumpulan AjeebHAHA (kerincing) dan Lan Dumdam (vokal & kastenet) jugahampir dimasukkan ke wad kerana kekejangan anggota rahsia sewaktu diberitahu tentang pencalonan mereka dua hari lepas.Secara ringkas, PetpotPet mewakili penduduk kampung nyata gembira walaupun gosip liar tentang dirinya agak menggangu perjalanan band sejak akhir-akhir ini.PANAS BARAN sedang menyiapkan album terbaru mereka sepanjang Ramadhan ini (leh makan dalam studio.. huhuhu) yang dijangkamenembusi pasaran tempatan dan Venezuela selewat-lewatnya sebelum sidang Parlimen akan datang. Antara lagu yang dijangka hits kali ini adalah Mencuri Jamuan Morey, Lat My Brother In Law, Kumbang-kumbang Bukit Tinggi, Taring Pair'jul, The Noni danMengengkol Di Malam Raya. Mereka juga sudah mempunyai dua pemain kompang baru iaitu Ringgo D8 dan MokkurusKauyer.
Kyoto 1899

Pertandingan Pakaian Beragam

Astaghfirullah Botak Nor

September 4, 2008
Hot Chef

biarlah seadanya
berbaur cinta-cinta
ada wish puasa yang bunga2....
nasib baik bukan iklan oren yang ada buih2 ngan titik air luar botol.
Klau tak... mahunyer condong % iman aku.
terima kasih untuk gadis itu...
terima kasih atas e-mail kamu...
hehehehe...
biar gua tak tunjuk muka jer lah...
sebab ni blog kekawan gua...
lagipown bukannya mcm george clooney pown muka aku ni...
tp banding donald duck aku berani ckap aku menang besar kot taraf peratusan handsome tu.
September 1, 2008
Mr Yoda
Saving2

huhuhu...
Kelakar tul orang Melayu ni.. asyik kena tipu ngan omputih jer.
Dan buat pengetahuan semua...
takrif sebenar yang dipanggil pejuang kemerdekaan ini sebenar adalah mereka yang menentang dan mengusir penjajah (bangsa yang datang melempek dan makan hasil bumi ini).
Kalau kat Malaysia ini, pejuang kemerdekaan ni berapa kerat jer...
Kalau setakat angkat senapang lawan Jepun tu... mintak maap banyak2...
itu machai buduh yang tolong mampos untuk omputih yang dah lintang pukang balik negeri. Pastu depa mai balik tersengih-sengih sebab Jepon dah kalah. Yang pergi tolong wat per.... biar lantak orang putih tu jer yang lawan sudah.
Kalau lawan komunis tu... lagi mintak maap....
itu lagi buduh... masing2 tak kenal siapa penjajah sebenar.
Penjajah sebenarnya... adalah bangsa yang menghisap hasil bumi dan kekayaan negara yang ditaklukinya.
Jadi... aku tak nampak pown jepon ngan komunis ni nak kategori jajah apa. Tak sempat amik apa pown... adalah sekor dua anak dara yang merana gak. Jadi... agak2nya lah siapa penjajah sebenarnya? Mat Saleh, Jepon, Komunis atau hang pa kena tipu ngan sejarah.
Yang di jajah cuma Tanah Melayu... sebab orang Melayu ni memang senang sangat kena jajah. Jadi... bila pulaklah agaknya Malaysia ni merdeka walhal kena jajah pown tak pernah. Jadi... ini suatu pembetulan fakta dan manipulasi sejarah yang hang pa kena tahu.
Kerajaan sibuk sangat bimbang kecut dengan muda-mudi yang semakin tak patriotik. Nak patriotik apa kalau dua perkara ini tak ada penjelasan yang tepat. Jadi... cuba faham lah dulu makna perkataan PENJAJAH dengan MERDEKA ni. Buku teks kita tak pernah citer langsung.
Jadi sempena Ulangtahun Kemerdekaan Tanah Melayu ke-51 tahun ini. Kita ulang sebut ramai-ramai jerlah... perkataan Merdeka tu.
Merdeka dari sebuah bangsa yang selempot membayar minyak dari bumi sendiri. Jadi merdeka kah kita..... bila hasil bumi kita masih bukan hak milik kita. Baik lu orang jadi Nepal jer... lagi baguih, lebih kurang jer... harga minyak dia.
Sebab tu aku dah tahap menyampah haram jadah nak melayan harga minyak ni. Walaupun, aku tak lah ada sampai 10 biji kenderaan yang nak mencekik minyak ni.... tapi, Ada ker patut... hang pa dok melalak, meraung jerit Merdeka kuat2 tapi bayar harga minyak sama gak macam kereta Singapore dan Thailand yang masuk sini. Kita bayar minyak sama gak ngan Indon kontrak ngan Kemboja jual air. Jadi... anak Malaysia masih terjajah walaupun hang pa bagai nak tercabut pundi kencing menjerit Merdeka tiap2 31 Ogos. Hahahaha... rentikan lah. Apa yang merdeka nyer beb...
So....