October 16, 2008

Majalah Aku Untuk Kau


Masa kecik-kecik cita-cita aku nak jadi Pilot. Tapi aku ubah fikiran masa form 2 sebab masa tu kelas aku kat sekolah tingkat 3.Barulah aku tahu aku gayat sebenarnya. Gayat tahap bapak... sampai semut-semut hujung tapak kaki aku. Kalau mak aku suruh betulkan areal TV memang aku lantakkan ajer. Sebab gayat aku nak memanjat tangga.
Kalau tak jadi pilot... aku nak jadi arkitek. Sebab aku tak nak belirumah template cam projek jamban ngan bus stop JKR. Jadi.. kenalah ada design rumah sendiri. Tapi, habih sekolah aku nekad gak nak lawan gayat, aku pergi gak Sungai Besi bawak result trial SPM pergi interview Air Force. Masa tu.. mana lah ada Air Asia ngan MAS Academy cam sekarang. Stage 1 ngan 2 gua lepas. Masuk check mata hampeh.. dia campak result mata aku kat kotak belakang. Maka.. fail lahcita-cita pertama aku nak bawak Jet. Sebab aku rabun ngan pernah retak pergelangan tangan kiri. Kalau tak, raya tahun ni memang aku bawak balik Sukhoi jer raya kat kampung. Mesti atuk aku bangga gila dapat amik gambar dia kat Sukhoi sebab nak bluetooth ngan kekawan dia.
Tak dapat AirForce.. aku sambung architecture sampai lulus Degree. Hari-hari main garisan sebab design, sampai aku tengokmuka lecturer design ngan Studio Master aku pown.. boleh nampak grid autocad yang warna-warni tu. Tapi aku tak praktis architecture lama pown...sebab ayah aku dah meninggal. Dia yang nak sangat aku jadi arkitek. Bila dia dah tak ada... macam frust pown ada sebab aku tak tahu nak belanjagaji aku kat siapa. Tiap-tiap kali dapat gaji cam tekanan giler. Nak beli Pizza kang.. mak aku tak suka lak. Nak ajak gi Genting kang... mak aku tak tahan sejuk. Nak bawak gi Phuket kang... aku pulak yang tak tahan seram sejuk.
Jadi aku quit architecture dan bawak diri dekat tiga tawoon.. ke Kolumpo (kata orang Kedoh) buat muzik ngan magazine. Sebab masa tu aku memang taksub ngan menatang muzik nidari bukak mata sampai bukak mata balik. Nasib baik mata aku tak tutup lagi.. elak orang kubur aku ngan hi-fi sekali jer. Jadi.. aku bawak lah diri buat benda yangaku tak pernah terfikir nak buat. Sebab ketagih sangat amik gambar, ketagih tengok buku, ketagih main gitar ngan dengar lagu dan benci pakai kemeja.. aku joinpublishing company buat magazine. Hahaha... dan barulah aku tahu, sebenarnya aku memang suka buat majalah.
Life aku.. Out station, cover show, amik gambar, pergi show pastu lumba lari balik officenak tulis story. Kalah.. wartawan jenayah. Sebab.. kerja aku ni lah hari-hari aku buat jenayah sosial seperti maki hamun traffic jam, maki traffic light, tunjuk jari f*ck kat kereta sebelah,tolak makcik cleaner kat LRT, bertumbuk ngan bangla, rembat awek orang (bukan salah aku... dia yang nak aku, hahaha), tidur masa sembahyang Jumaat, gaduh ngan boss, ponteng dating dan sebagainya. Sebab jenayah sosial ni jugaklah aku rasa aku kena balik rumah semula.Sebab kurang kasih sayang mak kot tunggang tebalik hidup aku.. macam orang naik trikoster (Roller Coaster) tu.. kata Arin.
Tapi sekarang, cita-cita aku... sepuluh tawoon dari sekarang nak buat majalah sendiri. Tapi majalah yang baik-baik lah, yang ada kebaikan untuk semua. Kalau ada janda kaya ker... jutawan ker.. mak bapak korang yang ada duit tapi tak nak wariskan kat korang... atau korang ada duit tapi tak tahu nak wat apa. Meh lah jumpa aku. Gua nak buat majalah yang tak ada lagi orang buat kat Malaya dulu dan Malaysia hari ini.Satu majalah aku dapat bersih RM3 lepas tolak kos printing ngan distribution cukuplah. Sebulan dapat jual 10,000 keping gua dah ada RM30k. Kalau leh jual 20,000 keping, 45,000 keping humang ai..kayoo pakcik, kayoo... ko tau.
Mahunya tiap-tiap bulan gua beli Estima buat langgar RELA 2B tu. Bulan depan lak beli Caldina pulak buat langgar Pair'jul 2C. Pastu... beli DMax masuk kelapa sawitgua gi Sijangkang langgar rumah Gemun. Hahahahaha... Van Remy Ramesh ker... Van Aiman yang gua nak langgar dulu ? Ada cadangan...?

4 comments:

nahartini said...

Siapa yang tengah tu... Encik tuan blog. Takut tini.. kalah orge shrek lagi tu.. =:'

nahartini said...

Kalau u jadi pilot leh i tumpang gi Venezuela, nak audition citer latin lah

@ku1ah@ku said...

yang tengah tu... spesis terancam, jarang jumpa tu. Kalau cari kat A&W beruang A&W tu jer yang kenal.

@ku1ah@ku said...

Nantilah i jadi pilot balik... jangankan venezuela.. kedai dobi Kak Ella pown i leh bawak u.