September 5, 2008

Kyoto 1899


Ratu kimono Kyoto tahun 1897 Puan Lanshitomato bersama perunding fesyen beliau Encik Jeberusan bergambar sebaik sahaja dinobatkan juara tahun ketiga berturut-turut pada 1899 dalam satu pertandingan yang diadakan di Kyoto, Jepun.
Ianya merupakan gambar terakhir yang dirakamkan sebelum beliau menghilangkan diri bersama-sama perunding fesyennya. Mereka dipercayai lari ke Malaya untuk berkahwin dan menetap sambil membuka kedai runcit dan perusahaan makjun semut merah.
Selempot dimaklumkan tentang ini oleh saudara Jeber yang memiliki salinan asal gambar ini yang diwarisi dari nenek saudara sebelah ibunya. Malah salinan yang hampir serupa juga diberikan oleh Tam Dedek yang diselongkar bersama Atan Jah.
Adakah... ianya clue bagi kedua2 mereka.
Penyiasatan bersambung di episod seterusnya.. Nantikan

No comments: