September 5, 2008

PANAS BARAN


Kumpulan post-punk etnik dari Lembah Klang, PANAS BARAN menggemparkan Malaysia baru-baru ini selepas beberapa minit Latok See Phong Hey meraih pingat emas acara renang sesuka hati.Mereka menjadi wakil tunggal Asia Pasifik yang terpilih untuk dicalonkan di MTV Awards bagi kategori Muzik Palig Hampeh. Ketua kumpulan ini, PetPotPet yang masih demam terkejut selepas menerimaberita ini sewaktu ditemui editorial kami di bahagian pakaian wanita salah sebuah pasaraya di ibunegara. Tambahnya lagi, dua anggota kumpulan AjeebHAHA (kerincing) dan Lan Dumdam (vokal & kastenet) jugahampir dimasukkan ke wad kerana kekejangan anggota rahsia sewaktu diberitahu tentang pencalonan mereka dua hari lepas.Secara ringkas, PetpotPet mewakili penduduk kampung nyata gembira walaupun gosip liar tentang dirinya agak menggangu perjalanan band sejak akhir-akhir ini.PANAS BARAN sedang menyiapkan album terbaru mereka sepanjang Ramadhan ini (leh makan dalam studio.. huhuhu) yang dijangkamenembusi pasaran tempatan dan Venezuela selewat-lewatnya sebelum sidang Parlimen akan datang. Antara lagu yang dijangka hits kali ini adalah Mencuri Jamuan Morey, Lat My Brother In Law, Kumbang-kumbang Bukit Tinggi, Taring Pair'jul, The Noni danMengengkol Di Malam Raya. Mereka juga sudah mempunyai dua pemain kompang baru iaitu Ringgo D8 dan MokkurusKauyer.

No comments: