October 27, 2008

Rolling Stone & Rolling Stones


Dulu aku selalu giler beli menatang Rolling Stone ni. Aku rasa memang berlambak kat umah sewa lama aku dulu. Sampai berbakul-bakul member aku buat balut perut ikan. Hampagas punya budak.
Sebab ejaan Rolling Stone ni jugaklah aku pernah gaduh ngan big boss aku. Aku kata Rolling Stones yang band tu ada 's'. Dia mati-mati kata tak ada. So... dekat setengah jam aku bergaduh ngan dia... dari kes ejaan sampai lah kepada kes semasa cam office tak kunci, pintu toilet terebeh, guitar tertukar hardcase ngan amplifier dia tersalah letak. Semuanya sebab ejaan Rolling Stone.
Aku jarang dengar Rolling Stones. Sebab dah puas dengar Paint It Black tu ha....
Dah naik muak tengok kedut Mick Jagger ngan stand mic bulat dia.
Kat sebelah ni pown cover Keith Richards ngan Johhny Deep lepas tertelan sambal belacan ngan petai dalam tin. Walaupun di Melayukan, tapi tak berani lah pulak aku cakap dia orang disunatkan ker tak.... cek sendiri lah.
Keith Richards tu.. gitaris Rolling Stones yang memang rock ngan lawak nak mampos. Korang check lah sendiri... kenal ker tak Rolling Stones ni. Sebab aku tengok ramai yang dok pakai gambar lidah terjelir tu.... tapi tak kenal Rolling Stones. Cian.... miker.

2 comments:

santiago erica said...

mcm pnah nmpak je bdak ni

@ku1ah@ku said...

budak yang mana satu.....
yang kiri tu biasa nampak kat klinik selsema