September 1, 2008

Saving2

Salam kemerdekaan untuk Tanah Melayu yang dah masuk 51 tahun dah merdeka. Entah bila kena jajah... tup2 menggelupur mintak merdeka. Yang kena jajah Melaka jer....
huhuhu...
Kelakar tul orang Melayu ni.. asyik kena tipu ngan omputih jer.

Dan buat pengetahuan semua...
takrif sebenar yang dipanggil pejuang kemerdekaan ini sebenar adalah mereka yang menentang dan mengusir penjajah (bangsa yang datang melempek dan makan hasil bumi ini).

Kalau kat Malaysia ini, pejuang kemerdekaan ni berapa kerat jer...
Kalau setakat angkat senapang lawan Jepun tu... mintak maap banyak2...
itu machai buduh yang tolong mampos untuk omputih yang dah lintang pukang balik negeri. Pastu depa mai balik tersengih-sengih sebab Jepon dah kalah. Yang pergi tolong wat per.... biar lantak orang putih tu jer yang lawan sudah.

Kalau lawan komunis tu... lagi mintak maap....
itu lagi buduh... masing2 tak kenal siapa penjajah sebenar.

Penjajah sebenarnya... adalah bangsa yang menghisap hasil bumi dan kekayaan negara yang ditaklukinya.
Jadi... aku tak nampak pown jepon ngan komunis ni nak kategori jajah apa. Tak sempat amik apa pown... adalah sekor dua anak dara yang merana gak. Jadi... agak2nya lah siapa penjajah sebenarnya? Mat Saleh, Jepon, Komunis atau hang pa kena tipu ngan sejarah.

Yang di jajah cuma Tanah Melayu... sebab orang Melayu ni memang senang sangat kena jajah. Jadi... bila pulaklah agaknya Malaysia ni merdeka walhal kena jajah pown tak pernah. Jadi... ini suatu pembetulan fakta dan manipulasi sejarah yang hang pa kena tahu.

Kerajaan sibuk sangat bimbang kecut dengan muda-mudi yang semakin tak patriotik. Nak patriotik apa kalau dua perkara ini tak ada penjelasan yang tepat. Jadi... cuba faham lah dulu makna perkataan PENJAJAH dengan MERDEKA ni. Buku teks kita tak pernah citer langsung.

Jadi sempena Ulangtahun Kemerdekaan Tanah Melayu ke-51 tahun ini. Kita ulang sebut ramai-ramai jerlah... perkataan Merdeka tu.
Merdeka dari sebuah bangsa yang selempot membayar minyak dari bumi sendiri. Jadi merdeka kah kita..... bila hasil bumi kita masih bukan hak milik kita. Baik lu orang jadi Nepal jer... lagi baguih, lebih kurang jer... harga minyak dia.

Sebab tu aku dah tahap menyampah haram jadah nak melayan harga minyak ni. Walaupun, aku tak lah ada sampai 10 biji kenderaan yang nak mencekik minyak ni.... tapi, Ada ker patut... hang pa dok melalak, meraung jerit Merdeka kuat2 tapi bayar harga minyak sama gak macam kereta Singapore dan Thailand yang masuk sini. Kita bayar minyak sama gak ngan Indon kontrak ngan Kemboja jual air. Jadi... anak Malaysia masih terjajah walaupun hang pa bagai nak tercabut pundi kencing menjerit Merdeka tiap2 31 Ogos. Hahahaha... rentikan lah. Apa yang merdeka nyer beb...
So....

No comments: