September 30, 2008

Adoyai...!!!


Semalam aku nampak Yai baru balik dari mana tah ngan awek dia. Aku agak balik berbuka atau mungkin gak balik 'membuka' errk!!. Aku agak jer..... Kalau salah ti raya lah kau minta maaf ngan aku Yai.
Tak lah sangat mengundang kontroversi walaupun semalam aku nampak dalam keadaan samar-samar Yai tengah memandu bertemankan awek dia.
Tapi aku rasa gambau ni (kata orang Melaka) memang kotroversi habih' tambahlak ngan senyum semput kontrol ko ni Yai.
Sempena menunaikan permintaan kau kat Botak Nor... yang sibuk tanya gambau kau kat sini. Hah...!!! Ni lah... uhuk!! Selamat hari Raya Yai....

September 18, 2008

September 5, 2008

Abang REM

Mastukar: Nama Abang?
REM: Nama... appa kasi ka... itu kad tulis punya?
Mastukar: Itu kad tulis punya.....
REM: Itu Malaysia kad punya ka... India punya tulis...
Mastukar: Malaysia punya.
REM: Itu airport punya la... imigresyyen ka... office punya ka..?
Mastukar: Ya Allah... berikan aku kesabaran. Ko bagi jerlah apa nama ko..
REM: Saya kasi itu love name punya panggil, ada boleh... ka?
Mastukar: Yerlah.... boleh
REM: itu love panggil A.Y.G juga...
Mastukar: Berapa lama sudah jadi security guard?
REM: Baru jugak.. adik, empat bulan ini tahun. Tapi dulu punya tahun banyak juga..
Mastukar: Apalah engkau jawab.. ni.
REM: Tapi family punya history, saya appa punya appa punya appa juga dulu security guard. Jaga itu British punya kuda. Malam-malamkasi taruh dalam itu stable. Saya Appa punya Appa.. itu lombong juga jaga. Takut itu korek punya barang kena curi. Saya punya appaitu dalam juga duduk, kasi jaga itu bank punya bangunan sana Jalan Ampang. Tapi dia sudah pension lah adik..
Mastukar: Lu.. apa jaga..
REM: Saya jaga ini building macam saya punya appa, tapi ini bukan bank juga.. ini goverment office juga. Saya punya anak pon itu jaga..
Mastukar: Hah..!! berapa umur sudah kerja.
Rem: Betul encik, dia umur 4 tahun.. juga. Kalo petang dia punya amma mau hantar nasi sama saya... dia jaga dia punya diri sendiri. Hahahaha...
Mastukar : Enchok nyer....tu. PAn@!@#@!# kau. Lu sini apa pengalaman ada.
REM: Apa itu pengangalaman...?
Mastukar: Itu experiences... lah
REM: Ooo... banyak aaaada... itu sweet punya ka.. sad one punya?
Mastukar: Sweet sama sad jugalah.
REM: Dulu adik.. sini jam punya tempat ada satu kedai bunga banyak sibuk... lori sama itu kereta so rushing.Saya hari-hari sini duduk juga, mau kasi jaga ini pintu. Bila itu lunch punya time sudah masuk. Tiba-tiba saya dengar itu ponponpon punya bunyi. Verrrryyy... loud. How sudden, saya punya mangkuk sudah lepas juga. Very shock. This guys, cannot control his lorry.. pomm. Itu kedai bunga punya dalam ada masuk. Adik tau ka.. apa lorry itu?
MAstukar: Tak tau..
REM: Gula punya lori... very sweet.
Mastukar: Hek... adoi... apa engkau cerita ni A.Y.G
Rem: Tadi adik mau itu sweet sama sad punya satu kali... ini cerita jugalah.
Mastukar: Lain-lain... what is your memorable moment... tarak lupa punyalah sampai mati.
Rem: Owh... ada, itu time saya kasi gagal rancangan mahu rompak itu ATM depan.
Mastukar: Hah...!! Ok, cerita..
Rem: Itu malam saya sorang juga pasal itu Abang Makmur mahu cuti pasal dia punya jiran ajak pergi sana dangdut. Lebey kurang pukul 2 pagi saya baru menutup mata, ada satu van berhenti itu depan juga. Ada lima orang semua termasuk saya.
Mastukar: Sana van ada berapa?
Rem: Sana van.. satu juga.
Mastukar: Berapa orang...?
Rem: Sana van empat juga.. saya sini menutup mata, sorang juga.. four plus one itu five juga. Aiiyoo...
Mastukar: Ok.. Ok... cerita
Rem: Itu empat punya.. semua ada hitam. Itu van hitam. Itu shirt sama pants hitam. Sama dia punya look juga hitam. Banyak confident mahu rompak juga itu ATM. Saya sini ada duduk kasi sorok belakang itu bunga. Perlahan-lahan saya jalan macam itu appa saya ada ajar sama saya. Tiba-tiba saya kasi baca itu satu ayat sama dia punya lagu...... banyak kuat juga. Ulang2 sampai 20 kali... itu pencuri semua lari kasi tinggal itu van saja.. juga
Mastukar: Apa ayat u baca?
REM: Itu satu ayat Abang Makmur selalu baca.....
Mastukar: Kasi baca.....
REM: Wooooo.............ooooo kamu ketahuan. Woooooooooo......oooooooooo kamu ketahuan.. ulang sampai lebam.
Mastukar: Hampeh KAu....



PANAS BARAN


Kumpulan post-punk etnik dari Lembah Klang, PANAS BARAN menggemparkan Malaysia baru-baru ini selepas beberapa minit Latok See Phong Hey meraih pingat emas acara renang sesuka hati.Mereka menjadi wakil tunggal Asia Pasifik yang terpilih untuk dicalonkan di MTV Awards bagi kategori Muzik Palig Hampeh. Ketua kumpulan ini, PetPotPet yang masih demam terkejut selepas menerimaberita ini sewaktu ditemui editorial kami di bahagian pakaian wanita salah sebuah pasaraya di ibunegara. Tambahnya lagi, dua anggota kumpulan AjeebHAHA (kerincing) dan Lan Dumdam (vokal & kastenet) jugahampir dimasukkan ke wad kerana kekejangan anggota rahsia sewaktu diberitahu tentang pencalonan mereka dua hari lepas.Secara ringkas, PetpotPet mewakili penduduk kampung nyata gembira walaupun gosip liar tentang dirinya agak menggangu perjalanan band sejak akhir-akhir ini.PANAS BARAN sedang menyiapkan album terbaru mereka sepanjang Ramadhan ini (leh makan dalam studio.. huhuhu) yang dijangkamenembusi pasaran tempatan dan Venezuela selewat-lewatnya sebelum sidang Parlimen akan datang. Antara lagu yang dijangka hits kali ini adalah Mencuri Jamuan Morey, Lat My Brother In Law, Kumbang-kumbang Bukit Tinggi, Taring Pair'jul, The Noni danMengengkol Di Malam Raya. Mereka juga sudah mempunyai dua pemain kompang baru iaitu Ringgo D8 dan MokkurusKauyer.

Pets Fcuk Cret


Kyoto 1899


Ratu kimono Kyoto tahun 1897 Puan Lanshitomato bersama perunding fesyen beliau Encik Jeberusan bergambar sebaik sahaja dinobatkan juara tahun ketiga berturut-turut pada 1899 dalam satu pertandingan yang diadakan di Kyoto, Jepun.
Ianya merupakan gambar terakhir yang dirakamkan sebelum beliau menghilangkan diri bersama-sama perunding fesyennya. Mereka dipercayai lari ke Malaya untuk berkahwin dan menetap sambil membuka kedai runcit dan perusahaan makjun semut merah.
Selempot dimaklumkan tentang ini oleh saudara Jeber yang memiliki salinan asal gambar ini yang diwarisi dari nenek saudara sebelah ibunya. Malah salinan yang hampir serupa juga diberikan oleh Tam Dedek yang diselongkar bersama Atan Jah.
Adakah... ianya clue bagi kedua2 mereka.
Penyiasatan bersambung di episod seterusnya.. Nantikan

Pertandingan Pakaian Beragam

Kempen kesedaran menyayangi warga tua. Anjuran kali kedua Selempot Holding yang mengumpulkan bekas pekerja gate keretapi sekitar Semenanjung untuk beberapa acara riadah. Antara yang berlangsung menurut pengarah program Saudara Kama(Sutra) ialah Pertandingan Pakaian Beragam, Acara Kunyah Chewing Gum tanpa Gigi Palsu, Joging Setempat dan Acara melilit Serban rakan-rakan. Empat peserta yang mewakili department masing-masing bergambar bersama untuk slot blog Selempot Holding. Amboi Kama... seriusnya muka ko. Senyumlah sikit cam Pet tu..

Astaghfirullah Botak Nor

Minggu lepas Botak Nor gi Langkawi dengan muka terpaksa dia sebab ikut office trip. Masam-masam gembira walaupown office dia patut gi Bali menurut mitos asal bossnya. Langkawi loh pulok.....

Nasib ko lah Botak Nor, ada orang opis dia jangankan Langkawi... jusco Bukit Tinggi pown lum tentu dia bawak. Tak bersyukur betul mamalia kurang rambut ni. Dan... bergentayangan lah mamat ni mencari aku malam dia nak pergi tu...s ebab nak pinjam baju sejuk. Walaupown dia ni masuk kategori berdarah panas... kalah gak ngan aircond bas. Memang tak leh kawan ngan polar Bear langsung.

Buat beberapa hari.. aku rasa memang tak nampak batang hidung dia kat ruang legar Selempot dan zon2 sosial makhluk taman ni. Aku tak tahulah apa yg dia buat kat langkawi nun... Mungkin riang ria gembira kot sebab dah nak puasa sangat dah. Apa punya trip lah.... aku harap feri dia tak tenggelam dah lah. Sebab Botak Nor tau berenang kuak-kuak lemas jer. Al maklumlah... dia ni pantang jauh ngan mak bapak... memang benda bukan-bukan jer yang dibuatnya. Tahun sudah... dia bantainya gigit belakang guru besar sebab cikgu tu pakai baju Barcelona jer. Humang ai.. karnivor betul makhluk ni.

Dan... seperti tekaan aku. Memang benda2 luar bidang jugaklah yang dibuatnya kalau tak ada kawalan kat Botak Nor ni. Hang pa... tengoklah sendiri apa dia buat. Siap masuk berita Indon lagi. Nasib baik... yang part dia campak seluar tu orang tak sempat rakam. Patutlah Malaysia band... tak leh bawak majlis perlancongan tul lah mamat ni.

September 4, 2008

Hot Chef


3 chef paling hot Selempot Holding sepanjang Ramadhan yang boleh anda temui di bazaar sekitar. Menemukan kepakaran dari pelbagai bidang masakan dan kemahiran makan di siang hari. Astaghfirullah.... bulan lain pernah aku nampak malaun ni semua makan. Bulan poser... ni tak beranilah nak tuduh-tuduh.
Pepown... memang gempak gila tengok muka kelam kabut masing-masing waktu manusia rakus berbelanja untuk isi perut berbuka.
Dari kiri: Chef Mok (Pakar Roti dengan rekod Malaysia sebagai penggoreng roti terpantas membebel) Chef Penyu (Pakar Murtabak dengan rekod Jamaica Usain Bold penterbalik murtabak paling mahal sport rim) dan Chef Appy-pigida (Burgman dengan resepi burger senyum kalau awek yang order... kalau kekawan order.. dia anjau nyer ajer)

biarlah seadanya

Semalam gua dapat e-mail private
berbaur cinta-cinta
ada wish puasa yang bunga2....
nasib baik bukan iklan oren yang ada buih2 ngan titik air luar botol.
Klau tak... mahunyer condong % iman aku.

terima kasih untuk gadis itu...
terima kasih atas e-mail kamu...
hehehehe...

biar gua tak tunjuk muka jer lah...

sebab ni blog kekawan gua...
lagipown bukannya mcm george clooney pown muka aku ni...

tp banding donald duck aku berani ckap aku menang besar kot taraf peratusan handsome tu.

September 1, 2008

Mr Yoda

Dapatkan percuma dengan setiap 10 kupon pembelian Roti John di bazaar Ramadhan. Jangan lupa yer... adik2m

Saving2

Salam kemerdekaan untuk Tanah Melayu yang dah masuk 51 tahun dah merdeka. Entah bila kena jajah... tup2 menggelupur mintak merdeka. Yang kena jajah Melaka jer....
huhuhu...
Kelakar tul orang Melayu ni.. asyik kena tipu ngan omputih jer.

Dan buat pengetahuan semua...
takrif sebenar yang dipanggil pejuang kemerdekaan ini sebenar adalah mereka yang menentang dan mengusir penjajah (bangsa yang datang melempek dan makan hasil bumi ini).

Kalau kat Malaysia ini, pejuang kemerdekaan ni berapa kerat jer...
Kalau setakat angkat senapang lawan Jepun tu... mintak maap banyak2...
itu machai buduh yang tolong mampos untuk omputih yang dah lintang pukang balik negeri. Pastu depa mai balik tersengih-sengih sebab Jepon dah kalah. Yang pergi tolong wat per.... biar lantak orang putih tu jer yang lawan sudah.

Kalau lawan komunis tu... lagi mintak maap....
itu lagi buduh... masing2 tak kenal siapa penjajah sebenar.

Penjajah sebenarnya... adalah bangsa yang menghisap hasil bumi dan kekayaan negara yang ditaklukinya.
Jadi... aku tak nampak pown jepon ngan komunis ni nak kategori jajah apa. Tak sempat amik apa pown... adalah sekor dua anak dara yang merana gak. Jadi... agak2nya lah siapa penjajah sebenarnya? Mat Saleh, Jepon, Komunis atau hang pa kena tipu ngan sejarah.

Yang di jajah cuma Tanah Melayu... sebab orang Melayu ni memang senang sangat kena jajah. Jadi... bila pulaklah agaknya Malaysia ni merdeka walhal kena jajah pown tak pernah. Jadi... ini suatu pembetulan fakta dan manipulasi sejarah yang hang pa kena tahu.

Kerajaan sibuk sangat bimbang kecut dengan muda-mudi yang semakin tak patriotik. Nak patriotik apa kalau dua perkara ini tak ada penjelasan yang tepat. Jadi... cuba faham lah dulu makna perkataan PENJAJAH dengan MERDEKA ni. Buku teks kita tak pernah citer langsung.

Jadi sempena Ulangtahun Kemerdekaan Tanah Melayu ke-51 tahun ini. Kita ulang sebut ramai-ramai jerlah... perkataan Merdeka tu.
Merdeka dari sebuah bangsa yang selempot membayar minyak dari bumi sendiri. Jadi merdeka kah kita..... bila hasil bumi kita masih bukan hak milik kita. Baik lu orang jadi Nepal jer... lagi baguih, lebih kurang jer... harga minyak dia.

Sebab tu aku dah tahap menyampah haram jadah nak melayan harga minyak ni. Walaupun, aku tak lah ada sampai 10 biji kenderaan yang nak mencekik minyak ni.... tapi, Ada ker patut... hang pa dok melalak, meraung jerit Merdeka kuat2 tapi bayar harga minyak sama gak macam kereta Singapore dan Thailand yang masuk sini. Kita bayar minyak sama gak ngan Indon kontrak ngan Kemboja jual air. Jadi... anak Malaysia masih terjajah walaupun hang pa bagai nak tercabut pundi kencing menjerit Merdeka tiap2 31 Ogos. Hahahaha... rentikan lah. Apa yang merdeka nyer beb...
So....