August 31, 2008

WELCOME... WELCOME

Selamat Datang Ramadhan
untuk semua pengunjung bazaar ramadhan
dan pembeli air bungkus besar jam 3 petang
selamat bersahur jam 8.00 pagi

udoh tua ni... bebawok lah poser yer....

Selamat Berpuasa
Dan juga selamat berpuasa... untuk semua pembaca blog ini.

MERRRRRREKA
















hari ni hari Merdeka.
Hari Mereka.
Dan hari aku....
Apa Merdeka....? Apa erti Merdeka...?
Sampai aku tak paham bila semua orang sibuk sangat nak celebrate merdeka. Sebab program dan acara nyer.... sama jer, tiap2 tahun. Dah leh agak
Tengok bunga api,
tengok mat rempit dan minah rempit dengan harapan biar diaorang tergolek dog,
tengok bebudak basikal bawah umur berkonvoi,
tengok alor2 gadis bertudung yang terduduk menunggu 12 malam,
tengok kemasaman muka pakcik trafik yang kena makan asap paip budak2 motor,
tengok sampah sarap Kuala Lumpur yang lepas tu ada pakcik2 datang kutip bawak beg hitam tapi kutip tin jer lah,
tengok-tengok,
tengok anjing polis dalam sangkar,
tengok bangla dan vietnam yang kemaruk dengan kamera baru beli dia orang,
tengok sakai-sakai peraq yang tak pernah turun KL,
tengok brother2 jual air yang sibuk belanja pungkoq dia kat tengah orang,
tengok awek orang,
tengok makcik kehilangan anak,
tengok Mat Indon trash dan rambut gerbang rebonding masing2,
tengok budak2 meraung sebab terpijak kaki depa kat tengah orang,
tengok pekerja Alam Flora yang bersiap sedia warming-up dengan senjata masing-masing,
tengok mana nak tengok dan.... makan stimboat.
Hmmm... itujer lahkan. Tak ada apa nak cerita langsung. Sebab aku tengok... dua tiga tahun ni... orang Malaysia,Bangla dan Mat Indon serupa jer. Dah tak ada beza langsung. Sebab semuanya aku tengok meraung sakan sambil angkat tangan .... ikut Pak Lah cakap Merdeka. Jadi.. itu jer lah semangat merdeka kita. Siapa Merrrrrrrrrrrrrrrrrreka...?

August 30, 2008

Monalisa


Masa mula-mula arwah ayah aku belikan wallet dulu wallet kulit, sebab aku masuk sekolah rendah, jadi hari-hari dah start pegang duit. Walaupun belanja aku zaman tu cuma 50 sen jer. Hahaha..!!! Kalau hujung 80'an 50 sen tu dah tahap anak Menteri Kewangan punya belanja sekolah tu. Dah boleh buat belanja dua orang awek kuaci bunga matahari.

Ayah aku kata wallet tu mahal... sebab dia bukan beli kat pakcik spek mata pasar malam. Walaupun muka aku dah separuh masam sebab aku nak wallet yang ada gambar Voltron jenis zrap-zrap (vulkrum) macam budak kat sebelah aku dalam kelas tu. Dah lah wallet aku jenis tak ada zip dengan benda zrap-zrap tu. Itu yang aku marah sangat... sebab pasar malam tu kan lagi dekat banding ayah aku kena gi PKNS (sebab dekat ngan tempat kerja dia). Dah lah tak ajak pergi pulak tu.
Dan... seperti biasa... aku kenalah terima dividen kutukan kekawan masa tu sebab kira kuno giler kalau tak ada lambang Voltron macam dia orang. Memang tak advance langsung lah kiranya, tu pasallah masa sekolah rendah dulu tak pernah ada awek lekat kat aku. Aku rasa mungkin sebab aku selalu tertinggal trend superhero ni. Awek gosip2 tu ramailah.
Apa yang aku nak cerita bukan wallet tu jer. Tapi gambar Monalisa yang terselit percuma kat dalam wallet yang ayah aku beli tu. Itu...lah kali pertama aku tengok Monalisa, yang ayah aku kata orang tua gula-gula hacks yang lukis. Dan.. baru aku tahu orang tua gula-gula hacks pandai melukis. Kalau dia tolong aku lukis robot voltron aku, mesti serupa punya. Disebabkan kemahalan wallet tu lah baru leh dapat gambau Monalisa tu sekali.
Ayah kata... Monalisa ni... tak ada harga, orang paling kaya dalam dunia pown tak leh beli punya. Bukan sebab mahal, sebab... manatang ni memang tak leh dijual... dah consider warisan dunia. Dan... Kalaulah aku dapat jual satu lukisan aku masa tu... mesti aku boleh beli wallet Voltron macam-macam kaler (dulu-dulu aku eja color/colour).
So... sejak hari tulah... barulah aku tahu... yang ada lukisan harga dia lagi mahal dari robot mainan voltron yang aku nak beli kat pasar malam masa tu. Kalau bukan sebab mak aku nak beli baju kelawar bunga besar ngan langsir siput dia, mesti aku dah dapat robot tu. Huhuhu....
Dan sampai sekarang jugaklah... aku dok layan lukisan-lukisan purba aku yang ada terselit satu dua kat buku sekolah rendah dulu. Itu tak termasuk lukisan purba yang aku pernah lukis kat papan dinding rumah lama aku macam Kereta Nightrider, happy pinky bear, Voltron, helikopter GI Joe, The Mask, Gaban dan segala super hero yang ada senjata power2. Sampai aku dah pasang cita-cita nak jadi pelukis macam Leornardo da Vinci. Ayah aku kata, mamat ni bukan melukis jer.. dialah arkitek, designer, inventor, autopsi, anatomi recorder, perisik dan macam-macam kerja pelik. Sebab zaman tu tak ada internet, jadi aku percaya jer. Nak baca buku pown, tulis omputih, maklumlah aku baru tahu bilang one to ten jer zaman tu. Kalau Melayu sampai seribu pown leh.
Jadi... aku jadi arkitek jer lah sebab takut aku nak buat autopsi bila tengok darah yang cam sirap kenduri.
* Lukisan Monarin di sebelah telah dibida oleh Sri Pinang Sea Food sebagai warisan kekal restoran. Status: bukan untuk dijual.

Kenapa Tak gi Ngaji....


Masa aku dah habih sekolah dulu, seingat aku lah... seselempot2 ni ada yang sekolah rendah lagi. So... bila tiap2 petang aku keluar kedai sebab nak beli dan hisap rokok (masa tu lum ada lesen lagi isap kat umah, hehehe...) muka-muka ni adalah berlonggok baru balik sekolah. Asal lalu jer.... depan aku, ada jerlah aksi-aksi akrobatik dia orang cam superhero masing-masing. Yang jadi power rangers hitam lah.... power rangers pink lah. Memang Rocky One tul.. kanak-kanak Tora ni. Patutlah jajan Apollo aboh asyik habis jer....

Kita imbas semula rupa kanak-kanak riang ni.. yang asyik memekak main beskal kat lorong aku masa tu kalau depa tak gi mandi kat tapak Percon. Tu tak masuk geng main gasing ngan team guli bantat. Nasib baik aku dah tak sekolah. Kalau tak mahunyer... aku sumbat mulut dia orang ngan buku teks add math aku. Buku nota Bio lagi baguih.... sebab lagi tebal.

Sedar tak sedar.... dah macam bulldozer sekor2 ni. Dulu... pakai seluar dalam pown tak betul, sekarang... hmm... ada gak mentibang sekor dua atas ni yang tak pakai sampai sekarang pown. Hahaha....

Korang teka tengok siapa ungka tak bertamadun ni.

Fakerix (Cermin Tembus Baju)


















Wuuuuiyoooooooooooo!!
Aku tak tahulah macam mana imaginasi kekawan aku kalaulah ada jual cermin mata jenis ni. Memang tidur pown tak bukak spek lah. Humang ai.... memang senak anggota. Tapi... aku dengar, dah ramai inventor yang invest nak buat spek jenih ni. Entah2 dah ada kot kat black market. Yerlah..... aku tak tahulah kalau ada negara yang nak benarkan menatang camni jual kat open market. Mahunyer.... membongkak tekak2 manusia tertib kat dunia ni nak buat demo bantahan.

Sebab apa aku kata ada...
Sebab... aku terjumpa iklan ni kat dalam majalah masakan. Aku rasalah... ni mesti iklang spek jenis tembus2 ni. Sebab model-model dia, aku tengok riang ria gumbira jer....

Aku rasa... Nuar Kering ngan Kama confirm jadi first buyer nyer. Sebab asyik dok nak beli Ray Ban jer... dua tiga hari ni.

Astaghfirullah.... tersengih korang yer.

Al-Fatihah

Salam Takziah untuk Wan,Yahya,Izam,Udin,Akak Polis 999,adik beradik depa yang lain dan keluarga.

Salam Takziah dengan pemergian ayahanda mereka Allahyarham Abu Bakar Bin Awang yang telah kembali kerahmatullah pada 2.30 pagi pada 27 Ogos yang lalu kerana penyakit Kencing manis. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Terima Kasih untuk semua warga Selempot yang hadir dan bertungkus lumus sepanjang menyelenggara kelancaran pengkebumian Allahyarham pada pagi itu.

** Terima kasih untuk semua squad makan yang datang lepas jemaah surau beransur pulang. Kot yer pown tuan rumah jemput datang makan janganlah pakai seluar pendek. Arghh!! luar kewarasan betullah, tarak imej. Ada betul ka.....?

Al-Fatihah (bukan sekadar disebut... sila bacakan sekali)
Amin......

Curries Angel

Ada ker patut si mamalia kama ni gi curi lighter aku semalam. Dah lah aku baru jer curi lighter tu... dia bantai lak curi yang aku. Huh!!
Curi lah yang lain kot yer pown.

Dan.. disebabkan keterlanjuran dia menodai lighter aku, aku gari kau kat gambar ni Kama. Hahaha...

Dah lah terkantoi, pastu kena dajal habiskan bubur kacang semangkuk kat kenduri umah Wan. Hahaha.... terkebil2 aku tengok dia nak mengabiskan bubur kacang tu sebab perut dia dah sendat ngan nasi lemak. Nasib kau lah Kama.

Kan nyer mati pown... setakat kena paksa makan bubur kacang. Huhuhu...



August 26, 2008

Ultrabak

Nantikan Kemunculannya....

Demo Pekerja







Demonstrasi pekerja gabungan dari empat buah negara yang menuntut kesaksamaan layanan samarata dan cuti bergaji. Mereka bersama untuk menggayakan kariografi bebas protes dengan tema " Kami Tak Mau OT... Pigi mati woi...!! ".
Mereka juga menuntut 20% tambahan waktu tidur,30% waktu riadah harian, 50% tambahan waktu rehat, 10% waktu keagamaan dan 5% masa tandas.
Persembahan diketuai oleh Daud Zerg mewakili pekerja kilang epal yang tertindas kerana tidak dilindungi insurans kehilangan wang kutu yang dibawa lari oleh salah seorang Nepal keruak. Turut mengiringi persembahan, Kamalotedah den dari persatuan rumah urut OKU, Reamy Remis timbalan pengerusi posto dan AP-pigida dari persatuan penanam kobis bulat.

Gabungan mantap tarian ini mendapat pujian beberapa Kesatuan pekerja yang bersetuju untuk tidak memberi langsung mereka cuti ini sampai bebila. Hahahahahaha!!!!

Gud Bye MCR


Zaman aku tengah berlonggok duit dulu... tiap-tiap bulan aku rasa aku dah terpacak kat BB mencari menatang kertas ni. Habih lah gak kat 3 ratuih dok beli buku ngarut ni (kata mak aku). Kalau tak Mojo aku beli Scratch, Guitar World, Kerrang, V, Readers Digest, Fine, National Geography yang lama2, kitab2 purba aku, sampailah buku Feng Shui tahun 70'an. Sebab tu aku tak ada bilik titun. Sebab buku2 aku dah titun kat bilik aku.

Hahaha.... Itu zaman dulu. Zaman duit seratus aku bayar tol Damansara yang 1.20 sen tu aku ingat duit lima hinggit.
La ni... entah berapa hinggit tol jahanam ni. Duit aku pown... dah tinggal selonggok dua jer. Lepas lah nak hisap rokok kebanggaan Selempot Holding.

Tahun lepas aku rasa MCR the most wanted band kot untuk world tour. Dengan budak2 cam beruk yang sikat rambut macam nak mintak pelempang. Posuer giler. Meluat tul. Macam nak aku muntah jer.... atas muka dia, biar selempat kat baju emo tu. Poyo... korang tau poyo. Hek eleh beb... rambut style tu, kat US zaman Bill Clinton jadi presiden dulu pown dah kira lapok. Tapi.. tu lah MCR nye penangan. Bebudak ni pown... kerja nyer, mengikut jer. Apa dan kenapa dia buat dia tak tahu langsung pown. Hidup kalau tak ada prinsip, baik miker2 ni jadi tiang lampu jerkan. Huk2..

Walaupown.. band ngokngek kepala kemek ni top meletop kat Malaysia, sampai tercabut-cabut kasut aku. Eh.. itu konsert MUSE. Ramai juga sebenarnya yang tak tahu salah seorang ahli kumpulan ni orang Malaysia. Yer... Malaysia, makan belacan ngan cencalok. Aku sendiri pown terkejut badak. Apalagi badak Afrika nu... tu tak termasuk Penduduk Zoo Ulu Kelang yang terkejut sama.

Aku dengar Melodi pown tak dapat cover cerita ni lagi. Sebab perkara ni terpaksa dirahsia oleh band dari media antarabangsa untuk dia orang maintain terus dapat sponsor makjun tupai. Tu pown, sebab mek Sri Pinang yang bagi tahu aku, dia ni memang kawan ngan Acheh jual makjun tu. Aku dengar citer, dia ni kena tendang dengan semua ahli band. Tendang perut, tepi perut dan bahagian2 terpilih mengikut selera masing2. Bukan sebab masalah displin, lambat bayar duit kutu atau tahi lalat. Tapi sebab masalah prinsip ni lah.
Sebelum keluarnya Welcome to Black Parade. Mamat sorang ni jer yang berkeras sangat nak guna tajuk album Welcome to Subang Parade. Sebab tu yang aku dengar dia ni kena tendang keluar sebelum album ni release. Patriotiknya sungguh mamat ni dengan Malaysia. Aku dengar pown dia dah setup business baru, pakat jual bendera malam merdeka ni. Jangan terbalik Rukunegara sudah. Kepada yang nak dengar vokal mamat ni, ada kat album Three Cheerys for Sweet Revenge... lagu nombor 4 yang ada backup dadadadadadadadadadadad.... carilah.

Patutlah aku tak pernah jumpa mag ni.

Udoh....

















Aku tak tahulah.... dah berapa kali dah aku kahwinkan budak Aie\man ni. Lepas sorang-sorang, Baru jer... aku ingat nak bagi kat Pet anugerah Jantan Paling Curang 2008. Tak apa.... award tu... korang kongsi dua.
Sebab selalu sangat engko menyakart orang...
Hah!! korang tengok pulak camner rupa dia bila dimengawankan dengan Gemun. Mamalia terbesar planet SELEMPOT. Kuang x3
Muka ada sehnyium....

Nenek Terlampau


Nenek misteri yang memanjat pagar belakang stadium sarang burung sewaktu Usain Bolt sedang menukar seluar sukannya. Menurut sepasukan anggota bomba yang berjaya menangkapnya, nenek misteri ini hampir berjaya merobohkan pagar utama beberapa hari sebelum acara akhir berlangsung berdasarkan rakaman CCTV rahsia dari c elah lubang aircond. Kepada yang kehilangan nenek sejak berlangsungnya temasya olimpik baru-baru ini, bolehlah menuntutnya kembali di Balai Polis Tianjin, Beijing. Sejak penangkapan nenek misteri ini, beberapa anggota polis terpaksa diberhentikan tanpa notis kerana didapati menyimpan video terlampau di dalam telefon mereka.
Jangan lupa kad pengenalan.

Semalam Yang Hangat

Lepas dua hari yang kehujanan, semalam dah... terik balik macam musim kering bulan lepas masa aku dengan Wan menggelabah puyuh tolong dia memadam kebun nenas terbakar'. Woops...

Minggu depan, dah bulan pose.

Atau dalam erti kata lainnya.... bulan yang siang harinya akan nampak sedap jer, COCA-Cola aku yang kat dalam almari tu. Selain bulan mengawal nafsu serakah manusiawi aku ni. Kiranya, ni jerlah bulan yang aku ada peluang nak kurangkan mendapan tar dan jerebu dalam alveolus paru-paru aku. Aku harap... bulan pose tahun ni, taklah panas sangat di kala cuaca bumi yang semakin mereng sebab manusia bengap kat luar sana yang hari-hari belanja ozon dengan CFC.

Aku tak kisah, cuma kesian kat kekawan aku yang betul2 nak poser tapi kena kerja kat bawah panas. Yang badan besar bulldozer tapi lupa niat sahur tu... Nak wat cam ner tak....

Dan, sempena menjelangnya Ramadhan tahun ni. Maka... dengan ini dilancarkan Squad spy Selempot Holding untuk mencari manusia terawal yang mendaftar diri me'napau' di Bazaar Ramadhan. Takkanlah... pukul 3.00 dah beli tapau... untuk buker kot. Lalalalala...!!!!

GAMBAR BAWAH: Pompuan tu... nama dia Mata Hari, antara perisik wanita paling berjaya waktu era permusuhan Jerman dan Perancis. Lama dulu... hang pa cari sendiri lah cerita dia. Aku citer kat sini pown buat buih-buih sabun jer.

Majalah Klasik Untuk Di Jual


Kepada sesiapa yang memiliki koleksi asal majalah ini, tolonglah bagi tahu yer.
Botak Nor dah separa histeria dia mencari majalah ni.
Semalam pown terpaksa panggil benggali carpet mintak tolong pegang sebab dia meraung nampak orang jual ais krim. Aku pown tak tahu kenapa dia nak sangat majalah buruk ni.
Tolonglah sebarkan yer....

awek saper ni....?

Macam mana gambau budak pompuan ni leh ada kat dalam pendrive GG...
Huk2..... pelik giler...
Lama dah aku amik....
tanpa pengetahuan empunya pendrive.
Dan.... tanpa pengetahuan si empunya gambau,
Dan... aku editlah gambau asal dia yang agak kuning cam orang DG.
Sebab aku suka tengok rambut dia jer....
(sila kecualikan bahagian-bahagian lain yer.... itu, sila rujuk serangga KAMA)
Fuhh.... boleh jatuh cintalah kalau pandang minah ni lama2.
Nasib baik aku pakai spek gelap kalau buat kerja editing.

Dan semalam.....
baru aku perasanlah, dia ni ada dalam fwen myspace aku....

Hek2..... apa kau buat ngan gambau ni Rubah?
Ko hantau gi bomoh nombor ker....?

Untuk tuan punya gambau,
atau sesapa yang mengenali tuan gambau ni...
katakat dia....
aku teredit gambau dia...
sebab nak test photoshop version baru aku jer....
Hahahahaha.....

Kalau aku edit tiga kepin (kata aboh) mahunya... cayor (juga kata aboh) minah ni.
Tul ker... nama dia E-kin...?

Jadi...!! kesimpulannya, untuk awek Malaya yang nak gua edit gambau dia. Contact kat sini yer....
Upahnya... cuma teman gua gi Galeri KLCC dan Galeri2 yang ada kat Kuala Lumpur ni. Serious kah aku,....?
Aku bowsan...


kasi tukar sikit

Wah............!!!! (sebut ramai2)
kita tukau sikit rupa blog ni.....
sajer jer.....
semangat sikit aku, sebab nampak rupa dia dah lain..
tak adalah sefesyen jer...

Orang kalau hari-hari mandi pown tapi tak tukar baju.... kan ker pelik.
Cindy Crawford pown aku tinggalkan... kalau udah jenis mandi tak reti nak tukau baju ni.
Dan......
Sebab tulah... diciptakan tak ada orang yang muka dia sama jer sampai tua,
Kalaulah muka manusia ni tak boleh berubah.... ubah
aku ingatlah kan.... senanglah pak polisi nak tangkap orang jahat.
Orang jahat cam Pair'jul, Biawak, Ajeeb dan Awang Donde.
Ahak...s!

Kesimpulannya.....
mari ramai-ramai kita tukar girlfriendssss kita, bila kita sudah bosan.
Tak gitu Gemuk.
Ehh..!! Apa aku ngarut ni.

August 22, 2008

Puan Sepolmalai


Inilah wajah Puan Sepolmalai (bersari biru) yang dihantar oleh seorang pengirim e-mail misteri kepada pengatur blog ini. Gambar candid yang dirakam sewaktu acara kejar lembu di salah satu kawasan pelancongan eksklusif di Madras, India. Menurut pengirim e-mail ini, Wanita ini menafikan tentang ketiga-tiga kanak-kanak malang itu yang dikatakan adalah anaknya.
Tambahnya lagi.... beliau baru sahaja berpisah dengan bekas suaminya.
" Itu dulu lama juga...... saya ada kahwin, tapi sudah divorce sama itu Brad Pitt. Ada bikin anak... tapi tarak jadi juga....."
" Ini sekarang ada rasa mahu kahwin juga... tapi satu kali ingat kalau itu lelaki wang tarak... hye2 bye2... wokey, Ini gambar itu Youtube ada pergi ka....?"
Puan Sepolmalai bersama salah seorang rakan karibnya yang merupakan bekas ratu sari Madras tahun 64.

BersamaKU banned from TV

Minggu yang cukup menggemparkan seluruh warga Malaya dengan pendedahan rancangan BersamaKU. Walaupun rancangan ini telah digam di beberapa stesen televisyen Jepun, Nepal dan Venezuela kerana tahap kesedihannya boleh menyebabkan depresi tahap bunuh diri di kalangan penonton. Berdasarkan rating minggu lalu ini adalah undian tertinggi di kalangan penonton internet memilih siaran paling sadis rancangan BersamaKU.

Kepada yang tidak berkesempatan menonton, inilah pasangan adik beradik yang ditinggalkan ibu mereka kerana masalah kewangan setelah terpaksa menanggung hutang bekas suaminya. Sejak ditinggalkan ibu mereka, ketiga adik beradik ini terpaksa berpindah randah dari beberapa taman bimbingan kanak-kanak sebelum ditemui oleh penghulu Kampung Bulu Kembang, Saudara Kemat Kama.

Menurut kakak sulong mereka Arinacalai ibunya Puan Sepulmalai tidak pulang ke rumah sejak petang kejadian salah seorang adiknya berbelanja jajan di gerai aboh dari wang yang sepatutnya untuk membeli serbuk kari.

Adik kedua mereka Manmisaimilai terpaksa berpisah dengan teman lelaki kelas sebelahnya di Sekolah tempatnya menuntut kerana tidak punya wang untuk membeli kertas warna bagi matapelajaran lukisan. Murid tahun tiga ini juga mengalami masalah ketumbuhan misai kronik yang memerlukan pemerhatian pakar. Kami tidak mampu membiayainya, kata kakak sulong mereka.
Anak bungsu keluarga malang ini juga mungkin mengalami nasib yang sama kerana kekurangan wang untuk membeli buku latihan tarian klasik India. Azmimalai cukup merindui ibunya kata kakak sulung mereka yang juga meminati Rosyam Noor. Beliau amat mengharap kepulangan ibu mereka kerana ketiga beradik ini terpaksa menonton drama lakonan Rosyam Noor dari gerai-gerai terpilih sahaja.

Arinacalai amat mengharap kepulangan ibu mereka memandangkan beliau kini yang sudah berteman lelaki bakal melangsungkan perkahwinan pada bila-bila masa. Dengan nada sadis... Arinacalai memohon bantuan orang ramai yang tahu di mana ibunya menyorok, disorok atau main nyorok-nyorok.

"Kalau jumpa sama saya punya Amma.... kasi taroh sama dia punya rumah juga. Itu Ramesh sudah mahu kasi kahwin sama saya. Lumbu juga ada jual... itu bulan"

sayangi Warga Tua

Kempen menyayangi warga tua. Sayangi warga tua sementara kita belum lagi tua. Gambar tiga veteran perang yang pernah terlibat dalam acara sukan anjuran tentera Jepun "Lari Membawa Pokok Pisang".

The Best Movie Of The Year : CAR WASH

Sebuah lagi filem terbaru arahan Prof Remy Ramesh yang mengisahkan tentang seorang penjual nasi lemak (Ramu) yang bertukar menjadi rupa makhluk pelik kerana terkena radiasi nasi lemak basi. Radiasi ini menukar sebahagian rupabentuk dan diet harian Ramu yang mula menggemari minuman berasaskan pengilat kereta.

Ketagihan melampaunya terhadap pengilat kereta menyebabkan perniagaannya musnah sama sekali setelah gagal membayar ansuran periuk karan' dan menyonglap duit-duit kuih yang di tumpang oleh Mak Cekelu. Sejak itu Ramu terpaksa menutup perniagaan Nasi Lemaknya kerana wajah terkininya menakutkan sebahagian pelajar tadika berhampiran. Demonstrasi penduduk sekitar menyebabkan Ramu terpaksa berpindah ke kampung.

Sewaktu Ramu mengemas barangan peribadinya. Beliau berjumpa dengan sebatang payung lama yang mengeluarkan cahaya. Sejak itu beliau mula mengalami mimpi ngeri seperti menebas rumput, lompat bergalah, menjolok buah-buahan dan bermain layang-layang. Atas nasihat seorang pakar perubatan tradisional (Bomoh Baok), Ramu mula menggunakan payung tersebut mengikut arahan bertulis yang tertampal di pintu tandasnya yang disangkakan poster iklan racun perosak. Beliau mula mempraktikkan beberapa jurus tai-chi, senaman perut untuk menghilangkan ketagihannya.

Salah seorang pelanggan tetap Ramu yang bersimpati dengannya (Noni), membawa Ramu kepada pihak bank untuk merujuk masalah yang sedang dihadapi Ramu. Atas bantuan Noni, Ramu memulakan perniagaan mencuci kereta miliknya sendiri. Saksikan.. sebuah filem sadis yang penuh dengan aksi dan realiti masyarakat tersisih. Filem yang menelan belanja hampir RM150 juta dengan menggunakan teknik "bila free kita shooting" kata pengarahnya Saudara Remy Ramesh. Filem ini dijangka berjaya membatalkan semua open house tahun ini kerana memulakan tayangannya sebaik sahaja pengumuman hari raya dibuat.

August 20, 2008

Pendatang Merusuh




















Aku rasa banyak2 PATI yang ada kat Malaysia ni... orang Indon ngan Selatan Thai jer lah yang aku leh lagi wat kawan. Nak wat bini... hmmm.. boleh difikirkan. Ngan bangla sorrylah... bau dia, ya amat... tertutup terus cita-cita aku nak makan kacang bendi. Mynmar ngan Vietnam.... hmm... makan kucing. Memang evil giler....

Mungkin sebab aku selalu sangat kot dulu gi Indon. Jadi... macam2 pesen org Indon ni aku dah kawan. Dari perampok, maling sampai si ojek-ojek.

Sebelah ni antara PATI yang baik ngan akulah. Gambar waktu dia orang kena tangkap kat pasar malam sebab terlibat dengan pergaduhan PATI lain dari Kemboja. Alahai... benda kecik pown leh gaduh2. Sebab berebut apam balik... sampai boleh jadi rusuhan PATI. Gila rebel dia orang ni. Nasib baiklah... aku datang jamin. Kalau tak mahunya naik kapal sayur dia orang balik negeri.
Aku bukan apa... dia orang ni dah lah tak ada sinaran pasport kegemilangan, dah tu... rabun2 ayam lak. Kesian gak... kekadang.
Tapi tulah... nak aku marah, dah besar2 bulldozer semuanya.

Dari kiri : Remy Ramesh (Surabaya: Madras sebenarnya ssshh... diam2 jangan kasi tau orang) dan Daud Parjo (Lombok) dan bawah yang terjelir Ajeeb Khan (Lahore, Pakistan)

Makhluk Tuhan Paling Seksi


Kalau dapat guna DSLR mesti gambau ni cun nak mampos. Sebab guna kamera phone jer kan....
Hmm....
Inilah antara koleksi gambau yang paling rare pernah ada kot. Sebab CNN ngan Al-Jazeera pown tak dapat discover lagi hot news ni. Hari tulah....
La ni... aku rasa dah basi lah dah kot. Sebab lambat sangat aku dapat gambau ni. Aku ingat wartawan kadet aku dah send kat e-mail.
Gila engkau orang..... mana ada orang amik gambar dari celah seluar dia. Si Pair'jul sorang ni jerlah yang posing tengah tekun makan nasi ayam dari celah seluar rabak dia. Hari kejadian yang sama Hj Aiman terpakai seluar koyak gi kerja.
Apa pasal... semua orang hari Rabu tu.. pakai seluar koyak. Sebab, rasanya tak ada lagi dalam kalendar cuti-cuti Malaysia ini ada hari rabak sedunia. Ker... aku yang tak tahu ada sambutan peringkat taman.
Aku pown tak perasan petang tu... kenapalah yang mamat ni dari jauh tersengih-sengih naik motor macam nak langgar pokok jambu. Botak Nor lah yang tegur dulu. Sebab.... nampak spastik sangat tengok elevation kaki seluar dia. Dah... macam cikgu Pendidikan Moral tahun 60'an dah aku tengok.
Kata Pair'jul...(kurangkan peratus percaya anda pada kata-kata Pair'jul sepanjang artikel ini) dia perasan memang ada bunyi prak.....'
Tapi bila dia tengok celah kangkang dia memang tak ada perubahan pepown. Kata dia lah kan. Aku rasa kalau ada pembesaran otot kat situ pown, tak ada lah jauh beza pown kangkang mamat ni. Itu Gemon kata....
Maka.. dengan selambanyalah, mamat ni berlegar-legar gembira kat Bangsar dengan seluar luar sedar dia ni. Dan.... sampailah makhluk seksi ni kat sebuah stesen minyak. Adalah pulak sorang mamat lalok ni pi tegur yang seluar dia ni dah masuk tahap ngeri gaban. Sebab separuh Bangsar hari itu dah tergolek kena sawan gelak cam Kama masa kat bilik aku tu kot. Hahahaha... aku tak tahulah macam mana mamat ni tahan kelajuan darah dia naik ke muka. Beruang pown boleh mandul woo... kalau kena gelak.
Dahlah bagi alasan, seluar dia rabak sebab wallet besar sangat. Hmm... tak logik. Siput pown geleng kepala dengar alasan macam ni.
Walau apa pown.... Dalam kes ni, aku rasa ini jerlah kali pertama dan terakhir aku tak marah Pair'jul... sebab, cubaan ganas dia pakai seluar koyak. Tang.... tut.... pulak tu.
Bukan salah dia pown.
Yang aku marah tu... apasalah... mamat tu baik sangat gi tegur. Biar lantak jer lah.
Untung-untung, bolehlah dia tidur Balai Brickfields sebab berkelakuan luar emosi kepada masyarakat dan alam sekitar. Huhuhu... Tahan dia ISA pown takder hal..
Tak apalah Jul... aku paham perasaan ko sebenarnya. Hidup ni biasalah..... ada yang rahsia dan ada yang tak perlu dirahsia. Tapi, aku rasa.... warna boxer tu biarlah dirahsiakan. Yang engkau nak kasi tahu... semua makhluk bumi ni engkau pakai boxer warna apa..... tu wat per.
Hampeh....!!! busuk punya orang.
* Aku rasa... itu isyarat dia kot untuk kekawan memastikan boxer dia tak pindah randah macam baju kucing tu... kot.

coconut milk


Inilah Cuci...
Sampai la ni... aku tak tahu kenapa bebudak panggil nama dia Cuci. Satu-satunya penduduk Johor yang tersalah naik bas ekspress.... pastu tup2 sampai kat tempat aku. Aku pown pelik..... sebab tak pernah lagi aku naik bas tempat aku... pastu leh sampai Johor. Macam mana entoh. Memang x-files betol ni...
Bukan apa...
dah lah orang Johor pown tak ngaku mamat ni orang Johor. Tengok bola pakai jersey Selangor. Makan nasi cowboy dengan ayam Mc'd, tak pernah aku nampak dia makan laksa Johor. Main kompang.... ngan bebudak taman.
Tak pernah lak aku nampak dia main kuda kepang.
Sungguh musykil.
Botak Nor kata minggu lepas dia udoh jadi orang Taiping (tey...pen: mengikut sebutan Aboh). Wah2 Cuci.... siap tukau bendera kamu yer.
Terpaling misteri.... teknik yang dia guna memejalkan santan. Setahu aku Santan tu cecair. Macam manalah mamat ni leh buat jadi pejal2. Hmmm......

August 19, 2008

Dapatkan di Pasaran


Jawatan Kosong Penari Kebudayaan


Kalau dalam kamus Dewan... lenguh dengan sengal tu memang ada beza. Tapi bagi aku untuk Santek... kita gabung sekali jer... perkataan tu jadi.. lenguhsengal. Sejenis penyakit jiwa yang akan dialami jika berbual dengan mamat ni tentang perkara luar bidang dia. Huk alah......
poning melayan mamat ni.
Tapi... semenjak dia mula berjinak-jinak dalam dunia Youtube ni...
Huiyoo..... Santek ada dua pendrive oo...
Aku rasalah... tak ada sorang pown kekawan dia yang terfikir dia akan beli menatang ni. Sebab seumur hidup dia... dia belum dapat bezakan antara mouse dengan mickey mouse.
Sempena pelancaran hari IT Santek dan nostalgia Youtube dia yang tak boleh nak download. Selempot Holding memilih gadis di sebelah sebagai penari menyerikan malam perasmian kepeningan aku melayan Santek dan teknologi. Aku rasa macam nak campak jer mamat ni kat Cyberjaya....
Ponat Santek...
Ya Allah.... berikan aku kekuatan.

Mamalia Yang Jarang ditemui




















Kelmarin makhluk ni off. Walaupun engkau orang nampak dia pakai kostum serangga... sebenarnya inilah mamalia yang paling jarang ditemui selain dari Daud Tun Razif. Sebab tak ada makhluk lain kat Taman yang paling indah tempat aku tinggal ni. Aku ajaklah si Kama ni... lepak kat habitat aku a.k.a bilik kebal aku. Bilik paling kebal untuk mengelak segala isi ceramah mak aku. Sebab bilik ini pown dah jadi bilik rasmi segala aktiviti baik dan jahat aku kat umah. Hahahaha.... Atau dalam bahasa ibundanya... "Engkau kemaslah sendiri bilik engkau". Jadi... aku ada dua bilik sekarang.

Maka... melepeklah malam tu si mamalia ni kat bilik aku. Dengan segala khazanah koleksi laptop dia... untuk tukar pakai ngan aku. Humang ai.... sikit punya banyak. Patutlah orang kata mamalia ni King Reproduktif. Dia punya koleksi nilah yang memajukan rumah-rumah urut dan bilik merah Malaysia ni. Huhuhu...

Tapi itu aktiviti kedua. Aktiviti utama... ialah menggelakkan Si Remy Ramesh punya gambar tudung. Sikit punya suka mamalia ni.... nasib baik tak histeria dia gelak kat dalam habitat aku. Dan malam itu..... bergembiralah si mamalia ini dengan koleksi gambar selempot bebudak semua. Sampai tunggang terbalik posisi dia... klimaks gelak. Aku tengok macam pesakit sawan peringkat akhir. Sampailah tetiba aku tunjuk dia gambar serangga ni.... Hahahaha....

Jadi... inilah dia penawar sindrom gelak untuk Kama. Tapi sampai semalam aku masih tak nampak serangga ni dah. Sebab tulah aku panggil dia mamalia yang jarang ditemui.




August 18, 2008

Pelamin Anganku Musnah

Arghh... lamanya aku tak masuk buat blog ni....
minggu ni....
minggu lepas memanglah busy.... busy tahap kerbau. Kerbau sawah pown tak busy macam aku. Sampai kucing jiran aku pown merajuk... tak nak ikan yang bagi. Sebab dua hari aku tak shake hand ngan dia.
Botak Nor pown tak agak2... hantar gambau sikit punya banyak...
tapi mananya gambau si seluar Pair'jul tu entah.
Macam mana tak busy.... dari bulan lepas semuanya dok sibuk melancarkan acara mencari teman sekatil. Tu tak termasuk lagi acara sedara mara aku, kengkawan lama, acara cukur2.. naik buaian lah... naik kudalah... semuanya acara yang aku malas nak pergi.
Wat penat badan jer..... Hahahahaha....
Penat-penat.... malam dia orang sedaplah....
Aku... Selempot gak lah....
Sebab aku sekatil ngan PC aku jugak lah..... huhuh...
Pepehal pown.... kepada semua yang berjaya mencari calon memenuhkan katil. Baguih lah.... dapat gak lah menjayakan program meramaikan penduduk bumi. Aku jer... yang tak berapa suka penduduk bumi ni ramai sangat. Bukan sebab apa... sebab penat nak melayan tamadun manusia moden ni. Makin moden makin bongok sebab banyak makan racun serangga kot.
Harap2... bulan depan senyaplah... takkan bulan pose pown nak naik pelamin. Mahu tak pose lak penduduk bumi ni.... dah lah majoritinya memang malas nak pose2 ni.
Selamat Pengantin baru... untuk semua penduduk bumi. Cuma pengantin sebelah ni jer yang aku tak perasan masa bila aku amik gambau ni. Tak ingat langsung dah... ramai sangat. Sekali tengok macam Ali Bapoo pown ada... (arwah dah pown).

August 13, 2008

Bersamamu

Saat-saat kegemilangan Apis bergelar suami orang. Walaupun nama dia Apis Gajah. Tapi kawan-kawan bersyukur sebab dia tak jadi suami gajah.

Apis Pown Selamat Gak....


Selamat jugak si Apis Gajah ni menempuh sesi angkat nikah terpantas di dunia (rekod masih dalam pengesahan pihak penganjur). Mana taknya... Tuk Kadi tak sempat putus nafas dia dah selesai. Macam Jet Sukhoi dia punya jawab. Sampai kelulah mak pengantin perempuan mendengar kerakusan Apis menjawab lafaz nikah. Lepas ni... dah bolehlah naik LC berdua. Yahoo.....
Gambar: Acara membatalkan air sembahyang bertukar kepada acara mencari bau ubat gegat di tudung pengantin perempuan. Apa punya suamilah... orang suruh kucup dahi isteri bukan hantuk-hantuk hidung Apis. Tapi... nak batal air sembahyang apanya pon.... kata Walid, dia terdengar Apis memperlahankan bunyi angin dia masa dia nak duduk kat bantal angkat nikah tu. Apis... Apis... patutlah saksi serentak cakap sah. Rupanya... sah bau.

Kumbang Terbang

Botak Nor kalau dah dapat microfon... macam kumbang dapat bunga. Dia ngan Abang Ketua kampung tu... sama jer lah. Huhuhu...

Berdasarkan perancangan semasa Selempot Holding yang dipersetujui Ahli Majlis Tertinggi, memang kita orang rancang nak belikan Kereta Kancil baru untuk Cik Lat sebagai hadiah kahwin. Tapi aku tak tahulah apasal... Pair'jul sampai saat akhir asyik bangkang jer.. cadangan ni. Dia sorang jer yang beria benar suruh Selempot Holding minta tajaan Durex untuk hadiah kahwin. Aku pown tak paham apa masalah mamat ni. Sampai baju penanggah pon dia nak ada cop lambang Durex. Hui... gilo apo. Nasib baik aku sempat leraikan kalau tak mahunya lunyai si Gemon kena gigit 'payu' dia dengan si Pair'jul pasal meeting hadiah ni.

Sebab kes ni lah... Selempot Holding tak ada hadiah untuk kahwin Cik Lat ngan kahwin Apis. Jadi... Selempot Band (SB) turun untuk menghadiahkan dua buah lagu (sepatutnya) yang telah di buang setengah oleh Botak Nor. Orang suruh ulang chorus.... dia bantai gi outro. Hampeh tul...

Walaupun band ni cuma praktis, dalam waktu-waktu renjat kata orang Nigeria waktu-waktu lapang. Kita orang... selamba jer gigit band kenduri hari tu. Nasib baik dua lagu.. kalau nyanyi tiga lagu... mahunya Botak Nor dah mintak royalti siaran ngan lintas langsung ke rumah Ajiz Keropok. Sebab dia sorang jer, yang tengok kenduri ni kat TV. (Apa ko ingat ini Debat Minyak ker Ajiz...)

Berbekalkan sisa-sisa ketar yang ada kat Laksa (pemain dram SB) petang tu dan goyang-goyang Tua (pemain bass). Selempot Band mendendangkan sebuah setengah lagu (setelah dipotong oleh Botak Nor) iaitu instrumental Careless Whisper (George Micheal) dan Kasih (Hetty Koes Endang) untuk Cik Lat dan Tipah.

Sorrylah.... Jamil.. Botak Nor tak tahu ko nak nyanyi petang tu. Selempot Band pon kan nyer hafal lagu permintaan ko tu. Ada ker kenduri mintak lagu Rabbani (Pergi Tak Kembali Lagi). Ko nak makan pengacau kawah ker Jamil.

Yang aku tak puas hati tu.... ni siapa punya kerja amik video senget ni. Korang ingat aku editor majalah cicak ker.

Perutusan Khas Cik Semah


Makcik mengucapkan Selamat Pengantin Baru untuk Lat... anak makcik, semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Ko tengok aku ni Lat.. dah ada cucu ni. Lepas ni leh dapat anak cam abang ko si Ayin tu... Tapi jago sendiri, ni mana si Ayin ni.. aku pulak yang kena jaga hero dia ni.
Nak harapkan si Pai'jul... mau sawan di sakatnya anak Ayin ni. Ala..... Paijulll.... Berdating.. buleh lah aku tengok.
Satu lagi...
Dah kahwin... tak boleh mintak duit aku lagi. Tapi... tolong-tolong lah aku kat kedai depan tu. Penat aku membosarkan kan ko... paham.
Raya ni.... jangan ko tak balik kampung lak Lat. Balik-balik lah tengok mak...

Apa-apa pown... Makcik doakan Malaysia berjaya memungut satu pingat emas untuk Sukan Olimpik ni. Sekian, Thank You.

August 12, 2008

Bila Lat Menyanyi

Engkau terima jer lah Lat... ini jer satu-satunya hari engkau kena sakat ngan budak-budak. Hahahaha..... tiga hari paling lawak aku tengok mamat ni. Tak... ganas langsung. Tapi... itulah Cik Lat setelah berhempas pulas melawan gigil dan keberatan tangan Imam Jalil. Aku rasa itu debaran paling kencang jantung dia selain peluh sejuk masa Tok Mudim nak putuskan muncung peluru berpandu dia dulu. Kelmarin... dah.. boleh pakai peluru berpandu ko yer Lat. Tepat...?

Kepada yang tak sempat menghadirkan diri ke majlis ini. Boleh ikuti sedutan ucapan penutup dari Cik Lat yang dia dah karang sejak dia darjah dua dulu. Dan... terpenting sekali sesi santai pecah perut mendengar Cik Lat membaca lirik. Aku tengok Abang angkat ketua kampung tu.. asyik menyibuk jer... kat microfon. Lepas dia... dia lagi. Lepas dia.... dia lagi. Nanti ko belanjalah dia satu mikrofon Lat oi.. Hahahaha....

Aku tengok Tipah dah tanya macam-macam. Ko diam jer Lat. Apo... yang ko nyanyi Lat>?

Tanya... sama Cik Lat apa... sebab goyang. Nanti jawab Cik Lat Imam yang goncang.... Ta...nya sa..ma Imam... apa sebab goncang. Nanti jawab Imam... ko tanyalah sapa-sapa ko nak tanya. Hah.. korang tengoklah sendiri.

Jejaka misteri

Kalau hantu kum-kum tu.. aku percaya sangatlah misterinya. Tapi misteri yang ni tak pernah lah lagi aku tengok kat Misteri Nusantara ker.... Seekers ker....
Memang misteri... sebab empat Ketua Kampung cari tak dapat jumpa mamat ni.
Entah siapalah yang terserempak makhluk misteri ni.... masa kenduri kahwin Apis. Ker... Apis memang ada jemput makhluk ni gi kenduri dia.
Paling aku ragu... status kewarasan dia... dah lah pakai tengkolok ngan t-shirt v neck. Siap ada belt ngan Jeans lagi tu....
Patutlah makcik aku kata ada pengantin kat Sijangkang hilang sarung keris ngan tengkolok. Mak aii.....bahaya ni.
Nasihat aku...
Kalau-kalau terjumpa jejaka seumpama ini atau lelaki berfesyen seumpamanya.. (terutamanya wanita) baiklah lari laju-laju. Sebab gambar yang aku dapat ni pown dari seorang photographer amatur yang cedera parah kena tikam ngan garfu meja pengantin. Sekarang ni dengar kata Jejaka misteri ni.. sedang menuju ke selatan untuk ke Danga Bay. So.. gadis-gadis Johor, baiklah berhati-hati. Sebab hobi dia menurut saksi kejadian ialah melastik cicak dan masukkan ke belakang baju. Eii..... geli you.

Temuramah Jawa

Inilah temuramah Jawa kurang 12 jam selepas kejadian keterbalikan beliau dan motor tunggangannya di corner-x. Walaupun tiada arahan bertulis dari pihak berkuasa untuk dijalankan temuramah ini. Dengan bergayanya si Pair'jul menemuramah Jawa bagi memastikan nombor plat kenderaan yang terlibat setelah dia ngan Botak Noor tersalah sepital. Aku rasalah... ini mesti arahan si Remy Ramesh. Al-maklumlah.... takut kedai tutup kalau petang sangat.

Pepehal... pown... korang dengarlah pelan-pelan apa yang si Pair'jul ni mengarut. Sebab cita-cita dia... selain jadi pembawa kereta berjaya... dia nak mengorat semua nurse yang ada kat Malaysia.

Patutlah... aku dah tak nampak nurse India rambut siput yang selalu naik bas Pakcik Joe tu lagi. Aku rasa... mesti dah terkena gangguan seksual mamat ni. Astaghfirullah..... Pair'jul

Final Miss Malaysia

Kalau dah sampai enam orang perempuan cuba menawan hati mamat ni.... tak tahu lah aku nak cakap macam mana kekacakwannya si Syafiq ni.
Itu belum lagi kalau dia jadi angkasawan....
mahunya penuh gambau belakang ni dengan wanita Malaya.
Huh.... bahaya
Aku rasalah kan.... mesti Si Shafiq ni ada pergi party tupperware ker... perjumpaan Avon ker... tak pown karnival Audrey.
pastu dia tercicir kasut dia.... cam cerita Cindarella...
tu yang pompuan semua ni masal.... kena cari mamat ni pasal nak pulangkan kasut dia...
bukan pasal apa....
sebab tak tahan bau kasut dia...


August 11, 2008

Surat Pemecatan Keahlian

Selamat dah.... yang nampak dan tak nampak.
Bagi Cik Lat lah.... ngan Cik Tipah. Opps... Puan Tipah.
Sebab yang nampaknya majlis angkat nikah. Walaupun aku tak dapat nak pergi petang Jumaat tu. Yang tak nampak tu.... miker' jer lah yang tahu.

Selamat gak ko mengangkat tangan Imam Jalil tu. Review penuh untuk acara persandingan dan mari membaca lirik semua ada kat Botak Nor dan konco-konconya.
Dari video si Pair'jul tanduk abang dia sampai tengah hari esoknya dia mengangkat bunga telor pon ada. Nanti satu-satulah aku masukkan.
Sebab ada gak Selempot yang tak dapat datang bolehlah tetengok kat sini, Al maklumlah.... undangan kahwin bertimbun-timbun. Serentak lak tu... dari si Hafiz Gajah, Faliq, Moh tu tak termasuk lagi majlis yang tak jemput. Macam... majlis sunat ngan majlis menyambut suami baru.
Buatlah hari senin ker... hari Jumaat ker...
ni semua nak wat hari Ahad.
Buat susah si Ajiz jer.... nak datang. Hari Ahad kan hari kebangsaan dia. Hari untuk mengasuh bakat mata dia.

Kahwin gak ko Lat... Kalau dah namanya jodoh. Sorang Bas Dollah.. sorang Bas Cik Rop, dalam bilik bertemu juga. Rerajinlah naik bas..
Ada sesapa nampak Adi bas masa kenduri ni.....? Ahahahahaha.... macam nampak tak nampak lah.

Gambar terakhir Cik Lat sebelum menamatkan zaman bujangnya dan secara rasmi menerima Surat Pemecatan Keahlian Bujang dari AJK Riang Ria Selempot Holding, Saudara Pair'jul.

Selamat bercucuk tanam yer Lat...


Bin Ramzin.

Baru hari tu mamat ni dok gelak2... kat bawah pokok jambu ni..
alah port biasa korang melempek pepetang..
dah sudah...
kelmarin.. aku makan nasi kerabu ngan cerita Jawa accident.

Dah pulok....
cam mana lah ko boleh tergolek kat tempat Gemok menyungkur tu..
Pejal Latip pon pernah gak makan tar kat jalan tu...
tu tak termasuk lagi benggali roti yang bergelempang aku tolong dulu...
dapatlah roti kaya satu....
tak ambik pon... kesian aku menengok nyer...

Kelmarin Jawa a.k.a Bin Ramzin selamat mendaratkan diri dan motor LC nya setelah berangan atas motor...
aku pown tak tahulah macam mana dia boleh terbalik...
Tapi menurut wartawan kejadian si Pair'jul katanya (selalunya dia ni menipu) dia ngelak kereta Kancil. Demi menyelamatkan kereta Kancil cinonet ni.... dia hantamnya Mercedes...
Mak oi.... macam Arin gak ko ni Jawa... nak langgar Mercedes jer..
Si Pair'Jul dulu dilanggarnya Hilux....

Kenapalah.... korang tak langgar yang murah-murah jer....
macam kereta Jamal ker....
Tempe pandai.... dia sorang jer yang berani langgar van sayur Pak Ayob. Tu pon sebab nak mengorat anak Pak Ayob, huh... niat jahat.

Bagi mengetahui cerita sebenarnya.... nantilah aku tunggu Jawa balik. Sebab Botak Nor lah... salah bagi info, Katanya SMC... tapi kat SAMC. Huh.. patutlah tak ada... Jawa. Banjar ngan Bangla adalah..

Selempot Holding mendoakan kesihatan Encik Jawa... semoga bahunya dapat kembali ke tempat asal.
Temuramah wartawan lokasi Karan Sinki Pair'jul nanti aku upload.

Jangan ko palam nurse SAMC tu sudahlah Jawa.. Balik cepat Jawa, aku tengok Nuar Kering asyik nangis jer... rindu kat ko. Hahahaha....


S.Romlee


Kalau korang tengok bebetul sudut songkok dia, muka ngan tangan.... tu...
Apa ko nampak...?
aku tak tahulah apa korang nampak.....
Yang aku nampak muka Mukhri ngan Cik Su jer....
hahahaha....
Mak ai!!
Macam James Bond jual spek dah si Syafiq ni.
Dapatkan album terbaru beliau yang mula di pasaran menjelang Ramadhan depan. Setiap pembelian berpeluang memenangi Nasi Lemak lauk sotong selama seminggu. Jangan ketinggalan..
Aku tak tahulah Syafiq,,,.... ni Botak Nor yang curi gambau ni. Mati-mati aku ingatkan gambau Lesen memandu P.Ramlee. Antik sungguh.