July 30, 2008

Al-Paijal Al-Ketip

Hmm.. mamat sekor ni kalau tak kecemasan jangan haraplah dia nak datang cari aku. Tak pe... pakcik faham.... selagi dia tak tersesat kat Kuala Lumpur sebab salah masuk simpang selagi tu dia buat don't know jer. Lagilah... sekarang ni adik aku dah pindah umah sendiri dia. Tapak kaki dia pown tak sampai dah..
Dekat sebulan dua aku tak nampak mamalia ni.. tau-tau dia dah nak bertunang. Hah..!!! bior benor. Jangankan aku.. kucing-kucing jiran aku pown terkejut dengar dia nak bertunang. Alhamdulillah... ada jugak jodoh kau.
Aku tak lah pernah tengok dedekat lagi bakal tunang dia ni. Tapi.. kalau lah jenis senang gelak macam dia, alamat lahir mamalia paling tak tahan gelak lah nanti.

Mamat sorang ni jarang sangat lepak ngan Selempot Holding sebab dia punya komitmen lain ngan kampung boy. Baguih gak... sebab tak penat sangat nak layan gelak. Bukan sebab dia wat lawak.... tapi sebab lawak tengok dia gelak. Tengok kereta Kancil kurang tayar pown dia boleh gelak. Ko bayangkan... lah...



Tanganjari

Salah satu shoot wajib untuk orang kahwin.. aku mesti ambik gambar tangan dia. Tak kiralah... dari celah posisi mana, asal... ada gambar tangan. Sebab, aku rasa kat sini jer.. yang lelaki tak hipokrit sangat. Nak harap hati... memanglah tak jujur. Mulut... hmm.. janji manis jer. Kalau mata.. lagi lah tak jujur... tapi adalah gak yang jujur kan. Macam aku ni.. kiranya antara lelaki terjujur kat planet bumi ni.
Ini gambar tangan si Bedal ngan isterinya. Masa dia kahwin hari tu.... aku suruh dia pose kat bawah khemah jer.. dalam rumah dia dah gelap sebab buat pelamin. Bila aku amik gambar tangan pengantin ini, selalunya... ada dua benda rutin yang memang sentiasa berlaku.

1. Muka pengantin yang tersengih-sengih siap betulkan pose lagi. Yang aku nak amik gambar tangan dia, bukannya masuk pown senyum dia. Hahahaha habits.
2. Makcik-makcik sibuk badan yang berkerumun mengacau kerja aku dengan komen-komen spastik. Ayat biasa dia.... "Naper nyer... di amik gambar tangan tu"... Ya Allah..!! buta seni betullah spesis makcik-makcik ni.

Tak caya, korang buat... amik gambar kaki ker.. gambar siku ker..

Penyapu terbang

Untuk tak memeningkan kepala korang, Ini... gambar penyapu bilik aku yang dah habis hayat guna. Yang aku terbangkan dari dalam bilik aku terus ke porch kereta.... dan... kena kat pokok langsuyr mak aku. Sebab dekat ngan tong sampah bawah pokok mangga yang Arwah ayah aku tanam.
Kenapa aku gambar penyapu ni....?
Di sebabkan penyapu terbang ini jugalah mak aku dok bagi ceramah motivasi, ceramah keselamatan jalan raya, ceramah kesihatan dan kempen berhenti merokok dan bermacam-macam kertas kerja belia kat aku kerana secara bergaya melandingkan penyapu ini atas pokok langsuyr dia. Maka.... dekat seminggu jugalah aku dok melayan program ceramah dia. Tak tahan... aku kuar jer lepak memana.... sambung episod lain.
Jadi... aku rasa gambar penyapu ini memang memorable dan reasonable. Nasib baik lah aku ni baya-baya bapak budak cuma belum kahwin jer. Kalau darjah dua... maunya di dah ajak aku lumba lari ngan hanger baju. Pilih jer nak warna apa. Oooo.... ngeri.

Nampak sangat mak aku sayang pokok langsuyr dia berbanding aku... hahaha... jangan adik beradik ngan langsuyr sudahlah.

Awas.. Ini Iklan Racun Perosak

Sambil dengar Frankie Vallie (Can't Take My Eyes of You) Inilah gambar kekawan yang paling susah sekali aku nak edit. Bukan sebab photoshop layer dia banyak sangat... tapi, sebab dia dok senyum jer... kat aku. Macam nak pecah biji mata aku tahan gelak... dan sebab gambar ni jugaklah berapa kali bara rokok aku jatuh atas kaki. Cinabeng tul...

Kepada yang berkenan untuk berkenalan dengan awek ni.. minta maaf lah.. sebab dia dah nak bertunang. humang ai.. kucing jiran aku pown tak lalu makan sebab ternampak jer. Kalau aku ni yang memang terpaksa nak nampak//// Uwekkk....



4 Wanita yang lagilah..... cantik











4 Wanita Tercantik Asia















Juara Karaoke Antara JKKK


Aku pown tak tahulah kenapa suram bebenor jer gambar ni. Nak katakan tak cukup cahaya... dah terang benderang bebenor. Sampai memancau-mancau silau spek si gemok. Siap senyum lebar si anak aboh ni. Mungkin sebab lagu pilihan dia yang suram bebenor kot.
Habis main kompang, dia bantai karaoke kat umah Angah Bedal masa kahwin dia. Aku tak tahulah ada orang sabotaj dia ker apa ker.... sebab lagu pilihan dia (Antara Gadis.. uweeekkk..) memang suram giler. Ahhak...
Apa-apa pown... tengah kecoh2 majlis nak dengar lagu yang anok aboh nyanyi... tah kaki sapalah yang gi langgar cable amp kat tempat DJ. Aku rasa mesti DJ bertugas pown terlibat sama dalam konspirasi ni....

Arghh... 2


Paling bongok sekali kalau nak amik gambar ni... terutamanya orang Melayu adalah warna muka dia. tak tahu langsung cahaya outdoor time mana yang paling sesuai dengan skin tone dia. Tak kiralah.. lelaki ker perempuan. Terpaksalah pakai foundation lima kilo.. kalau tak memanglah nampak berminyak. Paling safe.. yang aku tahu, matahari pagi dengan senja. Kalau amik tengah hari.. muka Fasha Sandha pown dah macam bangla kontrak buat tar jalan.Kompom minyak boleh buat goreng telor. Kalau yang jantan muka jerawat raksasa... alamak lagilah berkilo-kilo minyaknya. Pesanan penaja... hargai kulit kita. Jimatkan minyak yang ada.

dari kiri: bayang2 aku,bayang2 anak jiran aku dan anak jiran aku

Arghhh....


Selain hobi mengarut lain macam cari hantu, bela pokok buluh atau merayap kat pasar karat. Aku ni memang gila kamera nak mampos. Sebab tu dah dekat lima kali aku clash ngan awek-awek part time aku sebab tak tahan nak melayan aku duk berjam-jam kat kedai kamera membelek lense. Nasib baik lah awek aku sekarang ni pown suka amik gambar. Bukan bergambar.....
Aku memang suka amik gambar walaupun aku tak pernah langsung ada cita-cita nak jadi photographer. Ketagih gila amik gambar ni.. Bagi menjamin kawalan ketagihan melampau, ni.... tengah kumpul duit nak amik Nikon D300. Arghh.... mahalnya. Boleh buat belanja kahwin aku ni.. tolak campur darab bahagi termasuk lense ngan flash campur bat pad dekat 13,000 ni. Aduih.... bila lah aku nak kahwin ni. umur dah masuk zon warga emas.

atas: gambau anak jiran aku... pakai kamera Canon cikai yang tak ada anti-shock. Benci nak mampos... nasib baiklah awek-awek Canon ni ramai gak yang cun.








July 28, 2008

Abangku Arin

Aku tak tahulah... apa ker jadahnyer, dua beradik ni terbabit lepak kat bus stop pepagi buta. Pagi Sabtu, aku baru jer nak telefon cinta Aku ajak makan cekodok yang mak aku goreng. Dah terjerit-jerit si Botak Nor kat seberang jalan sebab berjaya mengantoikan pasangan adik beradik berlainan size ni. Siapa tak pelik.. kalau pepagi buta dah tercogok kat situ si Cina ngan abang dia ni.
Kot yer pown ada masalah perebutan hak baju... kan boleh cerita kat umah. Ni sampai kat bus stop.
Siapa curi baju siapa ni....
Kan lain-lain size.... pelik aku ngan pe'el bebudak ni.

Memacam lah kau ni Arin.

Umah Mak Kami

Selalunya... kalau aku tak nampak batang hidung si Penyu ngan Nuar Kering ni, dah tahu dah. Memanglah aktiviti tidur jer. Sila masukkan KAMA dalam senarai aktiviti ni sekali yer. Ha.. ni 3 nama wanted untuk sukan tidur, sebab... kerja mereka ni MERBAHAYA... PAKCIK, sambung ekor beruang.

Setahu Aku... dia orang ni memang tinggal asing-asing. Sebab dok ngan mak. Aku pown... baru jer balik umah ni dok ngan mak aku balik.

Asal namanya Selempot Holding, memanglah semua dok ngan mak. Sebab kita orang ni... sayang mak kita orang. Tapi... ada gak yang sayang makwe dia jer. Asalkan... MAK. Balun..

Inilah gambau... yang buat aku dok kompius ni. Bila si Penyu boleh berdua-duaan ngan si Nuar kering ni. Berdasar lokasinya.. aku rasa sememangnya lah sahih ni bukan umah mak depa. Dah lah.. dengan posisi kepenatan... Aku tak tau lah lak apa yang mengerjakan si Penyu tu. Sampai terlangkop... penat. Siap tidur. Tu... si Nuar, ko tengok... mana posisi kaki dia. Sungguh kepuasan gaya santai si Nuar ni dengan stokin Fila dia. Apalah.. yang ko kerjakan tu Nuar.

Susah sangat nak dapat stok baru.. ko rakam sendiri yer Nuar. Humang ai....!! Hebak mu Nuar, Hebak!! Hebak!! jangan dok makan Sup Ekor selalu.

Malam Sayembara Kerang

Persembahan amal Saudara Aiman bersama Abang Doa bagi tujuan mengutip derma untuk menampong kos pembinaan Pusat Kegiatan Sosial Setempat dan Aktiviti Kekerangan. Majlis di rasmikan oleh Tetuan Appie bersama jemputan tetamu dari kawasan sekitar. Seperti biasa.. persembahan malam itu bermula dengan lagu Ooo....Mat Ganja sehingga habis acara. Sebab lagu tu jewr... yang dia tahu. Majlis turut di hadiri kucing Appie, yang macam biasa hari-hari datang lepak sebab dapat hot dog free. Macam kenal jer gitar tu.....

July 26, 2008

Pakcik Kucing


Antara gaya dan teknik terkini kawalan vokal untuk marhaban di gerai Aboh. Demonstrasi dari salah seorang protege Akademi Marhaban Taman Setia. Apalah masalah si Gemok ni malu-malu kucing. Setahu aku... tak ada lah pulak aku dengar kes dia couple dengan budak darjah 2 ker dengan ketua perpustakawan ker.
Selain dari kariernya sebagai iron chef, hobi tetapnya suatu masa dulu jaga gerai jajan. Itu pon sebab kena paksa ngan Aboh, terpaksalah tukar-tukar shift ngan abang dia. Ahak...!! Itu cerita lama, zaman Erra tgh kena ngorat ngan Awie lagi. Lepas dah habih sekolah.. hmm haram dia nak tolong Aboh dia dah. Asyik kena pow jer... gerai ni, ngan member2 si Alang lah. Hahaha..
Tapi.. semenjak dua lapan menjak ni.... Gemok yang take over shift tengah hari. Di sebabkan sifat penyayang dan mesra kanak-kanak, jadi Aku rasa dia lagi layak sebab Yai pon dah sibuk berdating. Al-maklumlah... orang baru dapat bunga. Aboh dia pon ada gak cerita kat aku... nak amik peguam sebab nak tukar nama gerabak tu kat nama dia.
Kata Aboh dia... hari tu ada Jabatan muzium datang nak amik buat pameran. Aboh dia kata... masih ada waris yang boleh jaga. m
Wui.... kaya lah engkau Gemok lepas ni. Satu aiskrim batang 30sen. Kalau satu hari dapat jual 100 batang dah.. 30 hinggit. Kalau 1000 batang... dah 300 hinggit. Kalau.... kalau.... kalau asyik engkau jer yang makan aiskrim tu.. mana yang nak di jualnya mok oi....
Kepada para pembaca blog ini yang kepingin nak makan jajan, ko orang cari jer lah Gemok... sebab dia tahu semua harga dan jenama jajan dlam dunia ni. Woooo.... hebak' hebak' mu weh...!!



















July 25, 2008

e-mail gadis X

Semalam Aku gi cc ngan Botak Nor. Sebab dia sibuk sangat nak download lagu Rossa. Ahak...
Jiwang periuk tul lah mamat ni.
Masuk lagi... e-mail kedua dari gadis ni. Kelmarin dah masuk satu.
Aku tak tau lah perempuan menyamar ker perempuan tul. Menurut isi kanduangan e-mailnya yang secara keras memberi amaran... supaya tidak didedahkan identitinya.
Kenapa... korang jangan tanya aku. Sebab aku pon tak tanya.

Dia suruh gua tulih bahasa omputih. Alahai.....
Tak perlah.. ini blog kekawan gua. Nanti gua link lah ngan blog gua yang lain. Sian... depa, kang tak tau hujung pangkal lak.

Buat si gadis.... gua balas komen tu kat sini as an honour sebab lu yang mula-mula respone kat e-mail ni. Ada gadis taman ker... yang baca blog ni. Jangan Noni sudahlah...

Ahak.. tulis BI cuma ada F ngan S word jer yang kuat. Tulih Melayu... senang sikit nak mencarut. Banyak pilihan perkataan. Kahkahakah...
Mencarut tak semestinya lucah yer.....

Kalau nak kira cam tu, Pakar Sakit Puan lagilah kan... hampir setiap minit mencarut.

July 24, 2008

Macam-Macam

Inilah rambutan ngan nenas tak kupas yang si Pair'jul belanja malam tu. Sebab semalam aku sibuk praktis chess, so tak sempat nak upload rambutan Pair'jul ni. Mek pon tak bukak, kena pulak hari pasar. Memang berteraburlah Selempot Holdings macam anjing kontrak yang Aku kejar dengan si Khazriq kat AsaNiaga hari tu. Gua follow jer.. sebab hobi si Khazriq ni kejar anjing selain menyeksa binatang. Antara binatang yang paling kerap menerima seksaan dia, si WML. Kancil 4wd yang dipusingnya macam kereta drift jer.
Di sebabkan si Khazriq dan si Pair'jul ni adik beradik seadik sekereta. Jadi mereka berkongsi hobi yang sama iaitu.. menyeksa binatang. Selepas melakukan lawatan mengejut melihat hot couple di pasar semalam. Aku, Khazriq, Pair'jul ngan Gemun jer yg pergi lepak kat bawah pokok jambu Awe. Sebab depa dok tapau laksam yang dua-dua tak nak cili. Dua-dua ekor ni tak makan pedas. Kahkahkah..
Tak ada apa pon yang pelik selain budak sekolah lucut rantai basikal dan makcik2 yang daring pelik sebab kita orang lepak kat bawah pokok. Alah... orang tapau kat pasar makan pon dia pelik. Biasalah... makcik2 taman yang sibuk badan ni memang bersepah.. macam anjing yang Khazriq kejar tu. Pelik-pelik....
Tapi yang aku pelik tu.... kenapa si Pair'jul mesti dudukkan kucing. Huishh.... dah lah gua belanja kucing tu keropok ngan daging nasi kerabu. Tak pasal-pasal member tu kena gi lubang kecemasan. Kalau Gemun yang dudukkan, mahunya arwah kucing tu. Aku rasa... kalau Gemun yang revenge Pair'jul lepas makan.. mahunya terkeluar Laksam dia. Nanti Aku letak gambar kucin tu... kat sini.

Ala..... Pair'jul....

Komunis North Port


Kahkahkah... sampai jugak GG kat tempat don't belok-belok ni. Entah demam apa, hari tu dia ajak aku pergi Tugu Negara. Nasib baik Aku tahu cam ner nak gi sini... kalau dia tanya budak dalam bas tu mampus tak sampainyer. elak bertumbuk jer... kang.
Cehcehceh..
Sejak dulu aku datang sini.. kat sini tempatnya kalau kau orang nak tengok rakyat
Malaysia jadi jakun. Sila lihat bukti di sebelah. Korang tahu pasal apa....? Sebab selama ini tengok dekat duit Sehinggit jer.. so, terpaksa aku tertonggeng-tonggeng mengadjust kegagahan Askar Rejimen Pelempang ni. Dia ini sorang jer askar yang pakai pelempang... pasal tak ada senapang. Pistol air dia adalah.
Walaupun dah lama sangat aku tak sampai kat sini... rasanya tak ada apa yang berubah pon. Feel macam tahun-tahun 70'an jer rasanya bila tengok taman bunga dia. Sebab selalunya.. sebelum ada polis jaga, dulu aku datang malam jer sebab nak tengok hantu kat Tugu Negara. Pokok besar kat Cafe Tugu tu pon ada lagi. Rindu gak nak datang sini malam-malam... sebab gua pernah dengar bunyi kawat kat sini pukul 3 pagi. Askar manalah lak yang dok berkawat pepagi buta tu. Ish..ish..ish... kena denda kot.

Orang Rumah


Kepada yang belum melihat orang rumah Wan ataupon ingat-ingat lupa rupa orang rumahnya. Dipersembahkan..... orangnya. Sebab dia dah dipindahkan secara mengejut ke rumah berasingan atas permasalahan ruang di rumah Ayahandanya... Saudara Awang Besar.

Orang rumah dia yang korang selalu tengok tu... Si Awang Dunhill. Ini orang rumah betul-betul.

Suratan Atau Kebetulan

Klang 25 July Menurut survey beberapa majalah gosip tempatan kelmarin ini antara percintaan paling sensasi tahun ini. Berdasarkan survey para pelajar Tadika Ustaz Jeff, mereka memilih pasangan ini bebanding kisah percintaan Erra dan Hans. Lebih hangat berbanding kuali goreng roti john.
Sejak kemunculan mereka dalam program diskusi meja luar Sri Pinang, kedua-dua pasangan ini kelihatan menunggang motorsikal secara berasingan. Menurut beberapa saksi yang melalui kawasan ruang legar zon perniagaan mereka, pasangan ini tidak semesra dahulu walaupun masih berniaga sebumbung.
Insiden yang melibatkan tangan terbang ke batang hidung Botak Nor ini juga, turut mendapat perhatian beberapa NGO dan badan gosip tempatan.
Memetik kenyataan Presiden Kelab Pembaca Akhbar Tamil (PKPAT) Saudara Remy Ramesh, ini antara isu yang paling hangat di dalam akhbar pilihannya.. Metro Kedai Awe. Tambah beliau lagi, yang merupakan pelanggan tetap Rokok Luffman, Gemok kelihatan termenung dan menghabiskan rokok rakan-rakan selepas insiden malam tersebut. Sementara wakil persatuan motor asap banyak, Encik Pair'jul menceritakan detik-detik cemas bedasarkan cerita kengkawan kerana kejayaannya menghuru-harakan mesej penduduk bumi. Cipan punya monyet.
Sejak kelihatan kembali bergandingan, pasangan ini kembali menggemparkan apabila dilihat berdua-duaan menaiki motorsikal berpembonceng besar di sekitar kawasan Klang Jaya dan Klang Perdana. Apabila wakil kami, gagal mendapat ulasan Abang John berhubung kejadian ini kerana enggan mengganggu harga pasaran bahan mentah untuk Roti John. Sehinggalah semalam saksi kejadian saudara Botak Nor kembali semula ke lokasi kejadian dan melihat kemesraan mereka kembali terjalin macam lagu Slam. Huhuhuh... turut mengiringi, Saudara Azam Ringgo yang secara kebetulan sedang berlegar di kawasan pasar mencari-cari tanda G yang kena palang.

Selamat......

Majlis peninggalan zaman bujang Wan kepada bakal bapak budak. Pada majlis angkat nikah yang berlangsung di Temerloh Mac lalu. Kalau nak buat majlis angkat pengantin... ahh.. mampos kita yer.

Gua tengok kain sampin dia ada ketak-ketak...
Walaupun sekali lalu jer...
nampak sangat tak sabar budak ni nak bernikah..
hahahaha.....

Moga di panjangkan jodoh dan apa-apa yang patut panjanglah..
Hahaha...

The Most Amazing Magician..

Huh... lepas ni kompom' nyer bebudak ini tiru.

The Last Trip To Singapore

I'm just wearing my own Jack Purcell,
the bloody sucks one.
what is so weird in this...?
Look at the socks..
already gone wif my waktu for Sembahyang Jumaat somewhere at Arab Street. Hah... makan nasi ayam lagi.

July 23, 2008

Ala...... Pai..jul...

Aku.. tak tahu kenapalah budak-budak tak suka si Pair'jul ni. Kadang-kadang tu kesian gak... tengok muka sememeh dia. Macam muka dia masa kena marah dengan Cik Lat masa kecik-kecik dulu.
Mungkin jealous kot sebab dia beli kasut New Balance untuk buat pijak taik kucing jer. Semalam pakai Arai pulak tu.. Humang ai.... mewah giler. Motor jer dua... satu yang banyak asap... yang satu lagi.. yang banyak parut. Jenama tak yah lah tahukan, yang pasti bukan Ladies choice. Tetapi... sehingga malam semalam Aku tahu kenapa Aku pon mesti tidak menyukai Pair'jul.
Hampagas punya budak...
Satu malam sampai tiga point dia buat kat aku.
Dahlah dia kata dia tak ada lighter... tak sampai tiga minit dia dah lupa apa dia cakap. Ehh!!! ada lighter pulak. Dah lah sebelum tu, gua ajak dia jalan kaki dia tak nak. Hmm.. patutlah... adik dia bagi dia kereta. Pastu.... Teh Turuk dia pahit... habih di rampok air suam aku. Siap nak celup jari lagi tu. Sungguh jahat. Patutlah... kucing lagi sayang Awang banding ngan dia.
Tapi nasib baik dia bawak datang rambutan untuk kengkawan. Dengan semut-semut... pokok rambutan sekali. Nasib baiklah.. dia dah nak dapat adik beradik baru... tak lama lagi. Kalau tak gua suruh jer dia makan nenas yang dia bawak semalam. Dia ingat kengkawan dia ni... beruang madu ker. Boleh makan nenas dengan kulit.
Cit...!!



Exit


For my last work using that fuck-up PC. ahak..
I will admit that I do not know much about it.
How it could happen at all.. cam sial komputer ni. Learned something profound in the last six hours before it total lost. To get a deal on good prices... lupakan jer lah tuan-tuan. This is one of those times in life when you ask….nothing, you sit in situation yg entah apa-apa. Keluar-keluar.... ada sesiapa yang leh dermakan aku SDRam 1GB. Hahaha...
Jual coke lagi lah ni nampaknyer...
It was secretly briefed on torture many, many years ago, and yet did nothing to stop those programs. Bongok nyer... PC. Siapa nak casing Pc aku buat hidroponik ker.. tanam halia ker...
meh datang umah.

Kenapa Gua X suka Yai

Gua bukan tak suka lu Yai...
Asal lu adik beradik jer...
perempuan kata lu comel
Aku rasa perempuan Malaysia ni mata dia dah kero.. kot. Terutamanya perempuan Melayu.
Ada dua jer kes terpinggir.. melibatkan India.

Aku cakap engkau ni bukannya teddy bear ker... polar bear ker... panda bear... yang boleh guna perkataan comel.

Lagi aku cakap.. lagi dia orang kata kau comel.

Aku tanya apasal comel. Kata dia orang sebab bulat-bulat. Hah..!! Aku cakap kau ni bukan nombor lapan... bentuk bulat-bulat. Engkau ni 69. Ahak.... Ada citer baru Yai...?

Oleh kerana aku tak sampai hati membenci perempuan-perempuan Malaysia...
Senang cerita gua benci lu jerlah...
Hahaha.... jangan marah Yai.. aku tersepit dalam masalah ini.
Lu Marah... gua rembat Kenari lu... buat kereta perisai.


Mari Berkebun


Aku rasa Wan sorang jer setakat ni yang bayar gaji dia sendiri. Yerlah... sebab dia jer yang kerja sendiri. Yang sanggup tanam nenas ngan bela lembu.
Tentang apa yang dia buat... kena respek woo...
Sebab aku boleh demam kalau nak mencangkul batas macam dia.
Harap Pair'jul... hmmm memang kena ayam jerlah.
Remy Ramesh.. jaga kulit.
Abang Yai.. tak cukup ketinggian.
Memang hampeh lah yang lain-lain...
x boleh blah.
Satu jer yang aku tak suka....
kambing dia... asal aku datang jer nak menanduk.
Asal nampak aku... jer... nak menanduk.
nak mengawan kot...
tapi gua tengok paras dan size kejantanannya normal jer.....
Apa lah kau ni Wan.. bagilah dia guna Sensaoil tengok.
Melompat ker tak melompat...

Mentibang Perkasa Hitam


Aku tak tau kenapa aku kena gelak kalau tengok gambau ni.
Tapi... korang try lah..... kalau korang tak gelak.
inilah Arin... yang aku kecikkan gambau dia...
tapi tetap besar jugak...
confius ni..
Dengan mata ayu ala-ala Diana Daniele..
Aku tak tahulah berapa botol Berry mata yang si Arin dah telan.
tapi kalau korang tak gelak...
aku rasa korang kena jumpa pakar saraf..
mungkin ada fius gelak yang putus..
Kot yer pon nah berubah menyahut seruan kerajaan...
janganlah sampai cam tu..
hancus.

Squad Marhaban Selempot


Selamat Bergelumang












Aku rasa dalam beribu2 gambau yang aku amik... aku suka giler gambau ni.
Hahaha... gambau tangan Wan kat katil malam pertama dia.
Bukanlah sebab tu....
sebab aku dah separuh muntah amik gambau dia dalam bilik kedap bau yang panas nak mampuih. Pastu makcik2 ni tak reti nak kuar bagi aku can amik gambau.
Nak tengok katil pengantinlah...
nak tengok cadar lah...
nak tengok langsir lah...
nak tengok semutlah...

Apa dia tak tengok aku tengah wat kerja ker...
Ya.... ampun.

Seharian di Temerloh menemankan pengantin paling besar aku lensakan. Huhuhu...
Sowy... Wan. Tak kan aku nak cakap kau kurus lak.
Ahak..

Wa tak crop gambau ni tau... just intersec framing jer.. without flash. Dengan setting kamera yang aku dah pening... sebab ada satu lampu kalimantang jer. Hahaha.. sib bek.. jadi cerah walaupun skintone kau ni sebenarnya Wan tinted yang tak lepas JPJ.

Bukan aku cakap.... Botak Nor cakap dia putih banding kau.
hahaha...

Dapatkan di Pasaran


Entiti

Semalam Botak Nor citer... dia kenal dengan orang yang cari hantu. Kiranya cari Entiti lah ni. Aku harap jangan dia buat projek ternak Jenglot dalam akuarium sudahlah. Al-maklumlah... umur-umur merenung masa depan ni mudah terpengaruh.
Gambau ini antara gambau Entiti yang susah sekali aku nak amik. Walaupun suatu ketika dulu, aku paparazi paling ganas planet ni.
Kalau... dalam bahasa ekonomi, Entiti ini kiranya macam.. benda yang terselindunglah. Tak nampak dek mata. Macam komoditi, inflasi, komposit tu kot.. entah menatang haper jadah dia entah. Figure action jer... how it work, konolah hang kira. Mesej cinta Pair'jul itu kita boleh kirakan sebagai entiti jugalah sebab tak nampak dek mata. Walhal.. aku selalu curi baca. Huhuhu...
Tapi... ini Entiti penggiat filem pendek paling aktif sekitar lokasi kajian Akulah. Sepatutnya orang macam depa ni, FINAS kena sponsore sejuta sorang untuk buat filem pendek sendiri. Nak kata Aku tak tengok, bohong bebenorlah kan. Dah namanya lelaki, memang bergelora jerlah. Alah.. semua Selempot Holding pon sama gak, asyik menurunkan paras air lutut jer. Lagilah zaman mem"BLUE'toot dengan handphone canggih manggih la ni...
Di sebabkan Aku tak pakai handphone buat masa ini, jadi kurang lah sikit penglibatan Aku dengan Entiti ini. Kira jimatlah sikit paras kelikatan dan sukatan dalam liter tu...
Tu lah... uniknya, fitrah tuhan ni. Di ciptakan gelora untuk manusia membiakkan baka dan memanjangkan nama keturunannya. Maka... harus ada ucapan terima kasih dan plaque penghargaan atas ketekunan entiti ini menyebar maklumat terkini dari dalam dan luar negara serta tips dan teknik terbaru. Kerana mereka jugalah semakin ramai yang terpaksa membeli bateri pendua untuk handphone , memori tambahan, earphone (agar lebih privacy) dan mobile charger dalam kereta untuk menelaah bakat-bakat tempatan.
Itu pasal jugalah, lepas sorang-sorang Aku tengok Selempot Holding mendaftar diri ke pejabat kadi dan pengesahan ujian HIV. yang lain... praktis-praktis pakai stokin jer lah. Aku rasa ini sebab demam 'BLUE'toot yang disebarkan entiti inilah... selain dari ayat 'ala.....dah jodoh'. Alhamdulillah... semakin banyak penduduk bumi.
p/s Jabatan Entiti Selempot Holding. Sila buangkan Stokin anda selepas digunakan.
GAMBAU dari kiri: Mr Presiden Apis Kama, Penasihat Tetap Remy Ramesh, Ketua Promosi Al-Lolek (tidak kelihatan di gambar AJK bahagian Abang Doa,Khazriq,Jawa, Nuar Kering alah.... korang semua pon)

Kelepak Kelepak kelepuuuk

He's look like a hero... beb. Sebab dok kat depan. Korang tau apasal Gemok pakai spek hitam. Pasal mata dia lebam... praktis kat Pandamaran. Kehkehkeh

Asal nak main kompang jer, semua mata lebam. Pasai.. bangun lambat.

Pasai apa bangun lambat ? Pasai.. tidur lewat.

Pasai apa hang tidur lewat...? Pasai malam minggu.. esok cuti.

Ooo... jadi salah tidur ker... salah malam minggu?

Salah pengantin lah... Pasai apa, buat kahwin hari minggu.


Ada Selempot Holding yang nak buat kenduri hari biasa kot. Lantak engkorang lah.

Kalau kenduri hari biasa.. Tadika kat rumah Azam Ringgo ada ramai tetamu boleh datang. Aku ngan Azam jer lah yang datang, sebab kami kerja tak ada shift. Nak ajak Gemok.. dia main kompang.

Kelihatan di gambar pukulan Gout oleh Arin, pukulan kepada As oleh Gemok dan pukulan.. Huh!! asyik muka engkau jer Botak Nor.

Lubuk Tupah




Ini... ha cerita gambau misteri ni. Adakah gigi ini sensitif seperti perasaan tuan giginya? Lu orang pon satu.. bukannya nak tolong pancung Surya si Azam ni. Kalau korang nampak jer... dia start kunyah filter tu..terus jer rampas mintak pancung. Dahlah dia bantai Nescafe pekat manis, campur lagi filter Surya manis, senyum simpul manis (sejak akhir-akhir inilah), dulu kerja kilang ais krim yang manis...Hui... hidup di kelilingi serba manis. Itu tak campur lagi dengan radiasi ima.. ima.. ojer. Mahunya tak kronik. Untuk Azam.... pakar pergigian mengesyorkan florida untuk masalah gigi sensitif.


Pelancaran kempen Selempot Holding menyelamatkan gigi Azam. Kita mesti bersatu.. selepas kegagalan kita menyelamatkan gigi Pairjul dalam tragedi kacang. Sebelum nasi menjadi bubur, dia letak air banyak sangat.

Kalau lu orang pernah tengok Lubuk Tupah... dia orang ni main skodeng celah-celah jer.. Lu orang leh skodeng.. anak tekak Azam dari celah-celah tu tau. Lubuk tupah tu... sila rujuk Jabatan Entiti Selempot Holding. Kita masih belum terlambat... untuk menyelamatkan Azam. Sayonara




Yer ker ni..... entahlah..

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

. Kuangkuangkuangkuang...

woi.. Botak Nor cuba ko kaji spesis kekawan ko ni....
hakhakhak... ko tengok si Pair'jul punya nama.. sama Remy Ramesh...
Aku rasa... Pair'jul mesti belum maafkan lagi ni...
Cis!! Sandiwara kedai kopi punya penyamun.



Apehal Ko Ajeeb

Semalam gua nak beli rokok...
gua panggil lu Ajeeb...
lu buat dono jer....
selempet punya budak...

gua taulah rambut lu panjang...
gua taulah lu ada khutbah..
jangan sampai gua puyas lu jer...

asal maghrib jer ko mengarut..
hohohohohoho...


Gemun si Labah-Labah

Argh... ini Gemun,
mamalia paling besar dalam kompeni' Selempot...
argh.... selepas Penyu.
Tapi kira dua-dua ni heavyweight lah.
Setakat Nuar Kering tu... hempap peha jer...
kompom' 3 pin.

Baru beberapa minggu lepas dia tipu si Pair'jul..
macam biasalah pasai nak jual handphone...
padan muko ko.. Pair'jul...
dengan Gemun pon kena tipu..
kemaruk nak mesej mama lah tu...
nasib baik tak patah tulang ko sepak paddle...
huh...
lain kali ko sepak lah dia sekali...
tak tomoi langsung.

Kepada yang ingin memiliki handphone ajaib fantasi...
bolehlah hubungi si Gemun.
Tapi.. kalau ko orang order... Aku rasa mesti dah jualnya lah...
Kalau tak bolehlah ko orang tengok Aizad belon menyanyi.
Drummer in the making... A.K.A huge rider on Rabok Highway
Aku ingat... dia ni dah tukar wargamukim Sijangkang
Tapi malam-malam mamalia ni.. boleh di temui sekitar zon burger Wak Deen.
Woi...! Gemun lu kata nak belajar main drum.. ajak gi jamming malas...
Apo2 lah si Gemun ni..

Kono dajal ko... Pair'jul huhuhu...


July 22, 2008

Keinsafan Botak Nor

Huh.. Botak nor kata dia merenung masa depan,
Aku pon dah naik pelik lah....
asal gambau (kata orang Melaker) tak pandang kamera jer...
letak title merenung masa depan. Baguihlah... kalau ada masa depan.
Itu yang aku naik pelik kat gambau (orang Melaker lagi..) yang jenis macam ni.


Kenapalah ko tak cuba letak.... title...
merenung hutang masa depan... ker
merenung malam pertama Angelina Jolie ker...
merenung kehilangan gigi Pair'jul ker...
tak pon... kau letak title ni Botak Nor...

merenung pandangan bawah kepala kain sewaktu posisi lutut di dada.
Ko gi tanya si Aiman.. tu...

Jangan renung banyak sangat Botak Nor... nanti salah hantar SMS lagi. Tak pasal-pasal.... huhahuahahaha itu Gita Gutawa Aku yang punya. Ko nak... ko amik lah si Dafi tu...

It's all about genetic

Lu ingat rambut ni ganas ker Apie... oi..!!
Gua tengok lu dah terpengaruh ngan fesyen
ikan emas jer..
Hek eleh...
tak yah x-ray leh nampak beb.

Jangan burger daging aku ko letak rambut... sudah.

kalau tak... aku suruh Selempot Holding sita khemah ikat engkau.



Sila cari Rubah..

Semalam gua gi cc... pasai komputer aku hudah' huuusak...
hampeh... kalau tak.. setakat nak menaip tu... leh lah gak kan.. walaupun rumah aku cuma ada poster streamyx jer...
konolah.. pinjam komputer Ahmad Mail versi kurus (gambau versi gemuk)

Awek sebelah Ahmad Mail tulah yang bawak gua gi cc...
bawak motor macam rubah..
dah lah tak ada paddle belakang...

nasib baik jalan periuk api dah siap..
elak kena buasir jer.... kang.

Penghalau Hantu

Gua cakap dengan lu orang lah kan...
kalau rumah lu ada hantu ker.. jembalang ker...
kuey teow puaka ker... mahu pon.. hantu biskut. Ini.. hantu yang jenis degil-degil lahkan...
Selempot Holding ingin berkongsi petua mudah dengan para pembaca semua...
Teknik-teknik menghalau hantu atau mengawal kerasukan ringan.
Dengan pantas korang print gambau ni... (kata orang Melaker..) dan tampal pada zon berpotensi yang dipercayai menjadi tempat lepak hantu-hantu.
Menurut beberapa testimoni MLM yang kami terima, teknik ini cukup berkesan menghalau hantu-hantu yang berkeliaran sekitar Solok 2C. Lorong lain tak tahulah...
Yang penting kucing pon.. demam beb tengok gambau ni...

Efek make-up sebelum letupan tin. Apalah ko goncang menggoncang tin tu Arin... Maghrib tu..

Wah...!! ko ingat dapat pinjam sport rim AR, Penyu tu... ker Awang? Kalau peluk dia dengan penuh manja. Rasanya Nuar Kering jer... yang gemau (kata orang melaker) melakukan pelukan kepada spesis Penyu 2E ni...

Hah..!! peluk lah korang..

Bahagiakah mereka...

Selamat Pengantin baru...
ni yang tengah sibuk nak kahwin ni.....
Si Cik Lat...

dah tiga hari tidak melaporkan diri dalam
aktiviti Selempot Holding.
Busy.. bebenor agaknya...

Pengantin kat sebelah ni...
dah selamat dah... bahagiakah mereka...?
Selempot Holding mendoakan kebahagian mereka
berkekalan sehingga ke anak cucu..
dapat cicit jer...
ha.. bolehlah kalau nak kahwin lain.

Walaupun Wan Bakar tak sempat nak melihat kelahiran lembu dia yang masuk parit hari tu... sebab dah jual. Penat jer aku, Arin ngan Remy Ramesh terkial-kial menarik. Ya.. azab. Aku rasa... Selempot Holding pon.. tak sempat gak nak tengok kelahiran baby' dia orang ni kot.Dari dulu pengantin perempuan ni bunting tak.. bersalin-bersalin. Hah.... cari baby kongsi jer lah. Senang citer.

Mengucapkan Selamat Bermesra Alam di waktu malam dan tahniah untuk Cik Lat kerana mendapat adik-adik baru. Pay'jul... bukannya mengaku engkau abang pon. Hampeh punya adik..